Rabu, 18 Jun 2014

USIA 30-AN...SUSAH SANGAT KE NAK TURUN BERAT BILA DIET????

Wanita dan diet tidak dapat dipisahkan kerana istilah ini seolah sinonim mengiringi wanita ke mana sahaja tidak mengira usia. Seteleh membaca dan mentelaah beberapa artikel berkenaan wanita yang sudah menjangkau usia 30-an, suka saya untuk berkongsi di sini tips diet untuk wanita yang berusia 30-an, Ramai di antara mereka yang menjangkau usia ini meletakkan istilah berat susah turun bila umur menjangkau 30-an.



Janganlah sesekali meletakkan istilah 'TIDAK BOLEH' atas usaha yang kita lakukan kerana ia pasti sia-sia. Walaupun umur mencecah 30-an, kita masih mampu berdiet dan masih mampu untuk kurus seperti zaman kegemilangan (anak dara)..hhihi...-pelu ke nak kurungan bagai ayat tu...hihihi..

Di sini hari ini, jom saya kongsikan sedikit tips untuk berdiet bagi saya dan mereka-mereka yang sudah mencecah umur 30-an.

Oleh itu, saya sangat-sangat sarankan kepada mereka yang berusia 30-an mengambil makanan ini dalam mengamalkan diet harian seperti berikut:-

1. Ikan Tuna
- Ikan tuna sangat kaya dengan lemal Omega 3 yang sangat penting untuk fungsi jantung. Lemak omega 3 ini merupakan lemak sihat yang mana omega ini mampu membakar kalori di dalam badan kita. Oleh itu pastikan pemakanan anda mengandungi lemak Omega 3. Selain itu, Omega 3 juga membantu menguatkan daya ingatan kita.



2. Sayur-sayuran hijau
- Pengambilan sayur-sayuran hijau sangat penting dalam pemakanan kita kerana sayuran hijau ini lengkap mengandungi vitamin, serat dan nutrisi yang sangat penting kepada badan.

3. Buah-buahan
- Buah-buahan yang segar menyediakan nutrisi yang cukup kepada wanita 30-an kerana di usia ini badan lebih memerlukan lebih banyak zat besi dan kalsium. Cuba amalkan buah peach, strawberi, betik dan seumpama dengannya dalam diet harian kita.


4. Telur 
- Kajian secara ilmiah telah membuktikan telur dapat mengurangkan masalah pembekuan darah, stroke dan jantung. Telur juga mengandungi vitamin D yang membantu mencegah kanser payudara dan merupakan sumber protien yang terbaik.

5. Kalsium
- Pemakanan paling penting dalam diet seharian kita antaranya memastikan cukup pengambilan kalsium. Anda boleh mengambil yogurt dalam diet harian. Perlu diketahui kalsium sangat penting kerana ia mampu mencegah Osteoperosis di kalangan wanita.

Diet harian yang seimbang dapat meningkatkan kesihatan tulang, mengurangkan stress, meningkatkan kesuburan untuk wanita. Amalkan diet harian yang sihat dengan memastikan pengambilan makanan harian anda cukup perkara di atas.

Peliharalah diri anda untuk kebahagian suami dan anak-anak anda serta orang yang anda sayangi. Buktikan wanita yang berusia 30-an juga mampu memiliki bentuk badan idaman dengan amalan diet dan pemakanan yang sihat. ANDA BOLEH BUKTIKAN KEPADA SEMUA!!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...