Selasa, 20 Mei 2014

BOSAN!!BAHAYAKAN JANTUNG ANDA!!

Pernahkah anda merasa bosan yang tahap melampau sehingga mendorong anda untuk melakukan sesuatu yang kadangkala di luar fikiran waras? Ya, fakta telah membenarkan kenyataan ini. Berperasaan negatif dan mudah merasa bosan merupakan suatu lumrah yang akan terjadi kepada semua orang tanpa mengira umur, pangkat, status, gaji dan sebagainya. Anda perlu tahu bahawa bosan jika tidak di rawat akan 'merangsang' rasa depresi, ketagihan, gangguan seterusnya menjadikan seseorang itu bersikap pemarah dan tidak ceria.



PENDAPAT PAKAR  

Seorang Psikologi Jerman, Hans Grothe menyatakan bahawa rasa bosan memberi amaran kepada tubuh agar berehat daripada melakukan aktiviti rutin yang sering dilakukan. Seandainya jemu dengan rutin itu, ambillah masa untuk bersantai dan bercuti untuk mengatasi perasaan bosan ini.



Perasaan bosan ini ternyata tidak boleh dielakkan sebaliknya ia mampu diatasi dan salah satu cara yang paling mudah ialah memotivasikan diri sendiri. Ini kerana motivasi merupakan sebuah doktrin yang mempengaruhi psikologis manusia. Oleh itu, pastikan diri kita sentiasa bermotivasi ataupun kita mempunyai seorang motivator yang baik dalam hidup kita agar mampu mengelakkan rasa bosan ini. Kebosanan sebenarnya bukanlah gangguan jowa yang kronik sebaliknya jika ia dibiarkan ia mampu meragut kebahagian dan nyawa.!!!

Dr. Cannon pula berkata kebosanan berpunca daripada kemurungan dan ia menjadi faktor serangan kardiovaskular. Beliau juga percaya kebosanan boleh mencetuskan pengeluaran hormon berbahaya yang memberi tekanan kepada jantung. Akan tetapi, Dr. Haizal Haron pula menjawab persoalan ini dengan pendapatnya bahawa kebosanan bukanlah perkara utama yang menyebabkan serangan jantung. Antara punca kepada serangan jantung ialah merokok, kurang aktiviti fizikal serta amalan diet dan pemakanan yang tidak seimbang. 

CARA ATASI BOSAN

Lantas hari ini saya nak share sedikit tips dan cara mengatasi BOSAN. Jangan biarkan bosan terus melanda diri, tukar aktiviti, mood agar kehidupan lebih warna warni.

Bertukar Tangan

- Sesekali apa kata kita tukar tangan dari kanan yang menjadi kebiasaan kepada tangan kiri seperti mengklik tetikus komputer.Ini adalah perubahan yang sangat kecil, akan tetapi ia mampu mengaktifkan dan membangunkan saraf dalam otak. Aktiviti ini memberi peluang kepada sel-sel otak untuk terus bekerja dan menajamkan memori.

Cuba Sesuatu Yang Baru

- Tidak perlu melakukan sesuatu yang rumit dan besar. Mencuba resipi baru juga sesuatu yang menarik. Apabila kita mencuba kemahiran baru, otak akan membina sebuah litar baru dalam sistemnya dan rasa bosan mampu dihindari. 

Terima Rasa Bosan Tersebut

- Satu-satu antara cara paling berkesan adalah menerima kebosanan adalah dengan terima sahaja ia. Biarkan tubuh menjadi sepenuhnya tenggelam dalam proses mencuba dan bersantai. Renungkan dan biarkan terjadi apa sahaja, jika kita tidak melawan bosan, kebosanan itu tidak akan melawan anda!!

CONTOH MAKANAN ANTI STRESS

1. Asparagus dan Vitamin B

- Asparagus dan vitamin B ini kaya dengan asid foloc yang mampu menstabilkan emosi. Kedua-dua sumber ini berperanan menghasilkan serotonin dalam otak yang akan membantu mewujudkan rasa tenang dan gembira. Oleh itu juga, Shaklee menyediakan vitamin B Complex nya yang boleh membantu anda mengatasi masalah ini.




2. Daging

- Daging merupakan makanan terbaik untuk diambil kerana di dalamnya terdapat zink, zat besi, dan vitamin B yang penting untuk mengawal mood. Ambillah sekadar sahaja jangan melampaui banyak agar dapat merasai keberkesananya. 


Kita sendirilah yang mampu mencorakkan kehidupan kita, oleh itu..amalkan gaya hidup yang sihat, tanpa stress, tekanan dan hidup tanpa arah!!

PASTIKAN ANDA TAHU KE MANA ARAH HIDUP ANDA!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...