Ahad, 16 Oktober 2022

HARI SUKAN NEGARA MAIWP 2022 vs MAIWP Fit Challange

Assalam hye & it's just a hurry entry sejak dua menjak ni busy dengan pelbagai kerja-kerja di pejabat. For the 1st time buat entry berkaitan aktiviti di pejabat, ok jugak kan?hehe..Hari Sukan Negara sentiasa di sambut oleh sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta juga. Antara tujuan diadakan hari sukan negara salah satunya adalah untuk sama-sama memupuk semangat bersenam dan menyihatkan tubuh badan agar dapat mengurangkan masalah kesihatan. (betul ke?hihi lebih kurang macam tu la..)

15 Oktober 2022 (Sabtu) Hari Sukan Negara peringkat MAIWP. Sebelum ditetapkan tarikh hari sukan negara ni, MAIWP telah mengadakan 'MAIWP Fit Challange" untuk sama-sama bersaing, bersukan antara bahagian. Tak adalah asyik kerja mengadap komputer je kan?hihi. Yelah korang perasan tak banyak habiskan masa duduk depan komputer, tanpa bergerak, tinggi risikonya untuk penyakit slip disc.(nauzubillah). MAIWP Fit Challenge perlawanan sukan antara 8 pasukan di MAIWP. Acara yang dipertandingkan adalah bowling, badminton, bola jaring dan bola sepak.

Acara-acara sukan ni telah mula dipertandingkan dari awal September 2022 dan acara separuh akhir serta akhir bagi bola sepak dan bola jaring diadakan pada hari sukan negara. Pengumuman pasukan juara juga pada tarikh berkenaan.

Meriah, sengit semua ada!best aku tak join pon apa-apa sukan tahun ni, tapi lebih kepada jadi penyokong! puas hati taw! Paling best bila saat pengumuman juara pasukan di menangi oleh team bahagian aku, Lebah (Bahagian Agihan Zakat). Kerjasama semua ahli sangat hebat hingga membawa kemenangan besar pada BAZ. Alhamdulillah!

keputusan penuh perlawanan

Ok jom layan, biar gambar berbicara betapa gembiranya semua!kanak-kanak cilik sebagai penyokong pon tetap setia sampai habis program. 


menunggu keputusan

saat keputusan penuh di umumkan

yeayyy

Masa penyampaian hadiah pun bukan main meriah dan gamat dengan sorakan dan tepukan masing-masing. Terpancar jelas kegembiraan di wajah mereka. Puas!

bowling lelaki tempat ke 3

bola sepak ke 3


menerima hadiah dan piala dari VVIP



Acara terakhir pada hari tu adalah perlawanan tarik tali antara VIP dan bahagian kami. meriah sangat! Semoga tahun depan dapat berjumpa lagi dengan Hari Sukan Negara. Tq MAIWP.


Salam sayang
Eijah.









 












 

12 ulasan:

  1. Meriah!
    Tahniah team Lebah 👏

    Salam kenal Eijah 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi tq Ujie...tula lama xsukan meriah sangat..

      Padam
  2. wah meriah.. seronok budak2 pun boleh join sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah hangkut sekali budak2 hihi penyokong cilik

      Padam
  3. Meriah! Bagus ada hari sukan company, mengeratkan hubungan staff & memupuk semangat kerjasama. Happy je semua peserta & penonton :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah betul tu..lama dah sejak2 covid xde sukan cmni..hihi..best!

      Padam
  4. Meriahnya semua. seronok sangat. singgah sini kejap.

    BalasPadam

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...