Jumaat, 30 April 2021

BASAHI BIBIRMU DENGAN SALAWAT & ISTIGHFAR

Biasakan bibir dengan selawat.

Basahkan hati dengan istighfar.


Selawat,selawat,selawat.

Istighfar,istighfar,istighfar.


Kenapa kita selalu tekankan dua perkara ajaib ni?


Kerana pada selawat ada keberkatan yang tak ada pada amalan lain, antaranya ilmu mudah untuk sampai ke dada serta tenang,


Kerana pada istighfar fadhilatnya tidak mampu menandingi amalan lain, antaranya Allah memudahkan urusan kita.


Sebab itu selawat dan istighfar ni teramat2 

penting buat kita semua.... 


Kalau stress atau ilmu susah nak masuk,

amalkan lah ia.Biar jadi terapi untuk diri kita.


Cubalah,inshaAllah๐Ÿƒ๐Ÿ’•


#salamjumaat


EJENAZNCHERASKL

Jumaat, 16 April 2021

TIP UNTUK LEBIH KAYA DAN BAHAGIA

 TIP UNTUK LEBIH KAYA DAN BAHAGIA


Dalam kehidupan, bisnes dan pekerjaan.. 


Fokus untuk bahagia, bukan kaya.


Maknanya bila bekerja buat kerana Allah.


Bila bisnes niat untuk beri manfaat kerana Allah. 


Kerana Dialah Tuan Punya Kebahagiaan.


.


Bukanlah kaya itu yang menjadikan kita bahagia.. Bahkan bahagialah yang menjadikan kita kaya!


Setuju?


EJENAZNCHERASKL


Rabu, 31 Mac 2021

1000 ZIKIR BERIBU REZEKI

 Pagi - ketika memandu / berjalan ketempat kerja / belajar


๐Ÿ‘‰๐Ÿป Istighfar - Astaghfirullahal A'zim - 100x

๐Ÿ‘‰๐Ÿป Selawat - Allahummasolli A'la Muhammad - 100x

๐Ÿ‘‰๐ŸปSubhanallah Alhamdulillah Walailahaillallah Allahu Akhbar - 100x


๐ŸŒน Dhuha - Lailahaillallah Muhammadurrasulullah 100x


๐ŸŒน Selepas zohor - Lahawlawala Quwwata Illa Billahil A'liyul A'ziim 100x


๐ŸŒน Selepas asar - Ya Allah 100x


๐ŸŒน Petang - dalam perjalanan pulang

Lailaha illa anta, Subhanaka Inni kunti minazzolimiin 100x

๐ŸŒน Subhanallahi Wabihamdi Subhanallahil Aziim 100x

Hasbunallahi Wanikmalwakil 100x


๐ŸŒน Sebelum tidur - Istighfar 100x


Mari sama-sama kita amalkan setiap hari supaya hati sentiasa tenang dan mendapat pahala...

Ya Allah pilihlah hati kami, bibir kami untuk sentiasa berzikir mengingatimu..




Khamis, 7 Januari 2021

CERITA TELADAN

 Seekor ikan bertanya kepada kura-kura :


" Mengapa setiap kali kamu mengalami masalah selalu bersembunyi, masuk ke dalam cengkerangmu...? "


Kura-kura menjawab :

“ Apa penting pertanyaan itu aku jawab? ”


Ikan berkata :

“ Semua mahluk di perairan ini bertanyakan sifatmu yang selalu bersembunyi jika ada masalah! "


Kura-kura berkata :

" Kata-kata orang lain apakah lebih penting...?

Aku tidak menghindar, 

Aku tidak lari dari kenyataan, 

Aku hanya mencari suasana yang lebih damai di dalam cengkerangku. "


Ikan bertanya lagi : 

" Tetapi adakah kamu tidak peduli selalu jadi bahan perbualan? "


Kura-kura menjawab :

" Inilah alasan mengapa aku lebih panjang umur dari pada kamu semua. Kamu semua terlalu sibuk tentang kehidupanku sampai kamu semua lupa siapa diri kamu semua. 

 

Kamu semua terlalu sibuk memperhatikan diriku sampai kamu semua lupa siapa diri kamu semua. "


" Dalam hidup ini kita sendiri yang menentukan pilihan, berbuatlah yang terbaik dan biarkanlah orang lain mau berkata apapun. "


" Orang yang menyukaimu tetap akan menyokongmu sekalipun kamu keliru, "


" Sebaliknya orang yang membencimu selalu akan menyalahkanmu sekalipun kamu benar. "


" Berapa banyak waktumu terbuang hanya untuk mengurusi kehidupan orang lain sehingga kamu lupa pada dirimu sendiri bila harus makan dan berehat. "


" Sayangi dirimu dengan lebih peduli pada urusanmu sendiri sebab kamu akan menjadi orang yang selalu kekurangan disaat kamu selalu ingin tahu urusan orang lain. "


Semoga kita jangan terkecoh dengan apa yang orang katakan, jadilah diri kita sendiri, jadilah peribadi yang baik.


Dan terus meneruslah berbuat baik.


Kredit : fb



AGEN AZNCHERASKL

0172428570


Jumaat, 18 Disember 2020

BEBERAPA PERKARA PERLU DI TAMBAH DALAM KEHIDUPAN


Ada beberapa perkara yang anda perlu tambah dalam kehidupan anad setiap hari:

1. Tambahlah ilmu ia akan menambahkan kebaikan.

2. Tambahkanlah keimanan ia akan menambahkan ketaatan.

3. Tambahkanlah amalan ia akan menambahkan ketaqwaan.

4. Tambahkanlah rasa cinta terhadap akhirat ia akan mengurangkan kemaksiatan dan persiapan untuk saat pertemuan.



Wallahualam.

Salam sayang,

Eijah.

AgenAZNKL

0172428570

Rabu, 16 Disember 2020

PERKONGSIAN HARI INI 17.12.2020


 ALLAH TIDAK AKAN melupakan kebaikan yang kau beri, kesusahan orang lain yang kau atasi, dan airmata yang hampir saja terjatuh lalu kau buat bahagia.


Hiduplah diatas prinsip, jadilah orang baik meskipun tidak semua memperlakukanmu  dengan baik juga.


Lapangkan dada menerima, semuanya pasti membawa makna bila kita mampu berdamai dengan setiap ketentuanNYA.


Salam sayang,

AgenAZNCherasKL

0172428570

Selasa, 15 Disember 2020

TIPS REZEKI UNTUK DIKONGSI BERSAMA

 Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. hasik perkongsian seorang penulis ni, saya juga nak kongsikan di sini beberapa tips dan kata-kata hikmah. Seriusly saya nak kongsikan dengan anda semua tips ni jugak. terima kasih untuk penulis semoga rezeki beliau berpanjangan. Atas segala perkongsian beliau, besnya nikmati hidup seharian ni.


Ok, hari ni kongsi satu je kunci..Mungkin ramai jugak dah tahu,tapi sejauh mana istiqamahnya kita dalam mengamalkan perkara ini dalam kehidupan seharian kita?


Ok jom untuk bacaan n tatapan hari ni.


Semangat Subuh.


Bumi tidak pernah lupa terhadap kening yang selalu bersujud.

Malam tidak pernah lupa terhadap mata yang selalu menangis.

Lalu bagaimana Allah akan lupa terhadap hati yang selalu berharap kepaNya?


Rezeki, pasti datang dari Allah, selalu datang dari Allah, hanya datang dari Allah.


Dekat dengan Allah dekat pula rezeki.

baik sangka kepada Allah baik pula rezeki.


Memperbaiki diri adalah keharusan. Siapa tidak memulai untuk memperbaiki dirinya, pastilah dia sedang membiarkan dirinya dalam kehancuran.

Siapa memperbaiki dirinya, maka Allah akan memperbaiki rezekinya.


Waktunya bangun dan berubah daru tidur yang panjang kita. 


Semoga istiqamah dalam amalan kepada Allah untuk menikmati hidup yang tenang setenangnya.


Salam sayang,

Eijah

Agen AZN Malaysia.

0172428570.

JATUHKAH MARTABAT JIKA MEMINTA MAAF?

 Assalamualaikum wrh. wbt. readers... Kembali menjengah setelah beberapa lama menghilang. Rindu bukan tak rindu tapi entahla apa yang membua...