BONDING TIME WITH FAMILY
Salam Jumaat, penghulu sekalian hari. Aku macam biasalah setelah lama tak menulis, sesekali aku jengokla blog ni. Bukan apa, kadang tu masa tak mengizinkan betul, maklumlah engkau bukanlah seorang blogger tegar pon, isi masa saja dengan menulis blog ni. Kadang-kadang tu, kita boleh recap balik memori lama di blog ni. Yap aku akui suka baca blog tapi tak berapa suka nak memerah idea menulis, tu sekarang la haha..Muda dulu rajin le jugak.
Ok today just nak share moment bersama family ke Melaka tempoh hari. Actually tak de plan yang rapi pun sebab asalnya adik aku yang kami gelar kakcik & suami dia yang beria nak bercuti ke Melaka n berhasrat bawak mak sekali. Maka, sembang punya sembang, dengan adik aku yang no 5, Che kak (fatisyah) dia pun nak ikut sekali). Apa lagi 2 beradik perempuan ni, kalau dieorang g berjalan, macamana pun, mesti nak aku join sekali, nampak tak kalau dah geng perempuan hihi.
Maka sampailah dan terjadilah hari yang dirancang, perjalanan sampai di Melaka lewat malam sebab beberapa urusan mengejut terpaksa diselesaikan, nak tunda pun sebab adik n mak dah sampai sana dulu. Nak tak nak kami gagahkan jua sampai di homestay yang dah di booking. Sampai lewat malam dah kepenatan + mengantuk gila kami terus tidur. Jadual kami bermula pagi Sabtu.
Pagi Sabtu, bangun pepagi aku masak nasi putih, sambal ikan bilis & telur goreng mata simple sahaja breakfast tapi cukup berat dah n aku kena makesure perut diaorang ni kena betul2 kejap tambahan anak-anak aku hahaha. Budak tengah membesar kan camtu laaa lepas makan, makan lagi n lagi..
1st day memang si kak cik ni nak ke Menara Taming Sari, maka beraturlah membeli tiket n menunggu giliran untuk naik menara tu..Bagi anak-anak merasa kan..hihi.Jom layan gambar serba sikit ni.
Sebelah malam pula kami terus menuju ke Melaka River Cruise. Apa yang nak ceritanya, dekat sini sepadat-padat manusia ramainyaaaa. Beratur nak beli tiket dah 1 cerita, then beratur pula menunggu giliran naik ke kapal mengambil masa yang sanga-sangat lama. yelah bila dah panas, ramai staff yang bertugas pun mula menunjukkan riak muka kepenatan dan mula meninggi suara dengan pengunjung.Hmmm..