Sabtu, 25 Mei 2024

KEDAI WESTERN BARU KAT BANDAR TUN RAZAK , CHERAS

 Hai korang, sihat ke??

Aku? macam biasa lah tenggelam n timbul dalam dunia tulisan blog hehe,,adui dah makin berusia makin di landa kemalasan lah! Apa nak jadi niii... hehe (gelak sendiri jelah)

Ok, by the way, aku nk share satu kedai western la kiranya kan..dekat Bandar Tun Razak landamark dia belakang kedai Pak Aji ha area dekat sangat dah tu kalau korang jumpa kedai Pak Aji tuh..Nama kedai "Dapoq Street".. gempak kan nama..

Semalam balik kerja rasa nak singgah situ, ajakla Mr.F ambo g try makan situ. Makanan selain western ada je nasi mcm nasi ayam geprek tu..Menu pon banyak kira bestlah. Kedai baru bukak, memang terlalu ramai orang, Masa aku masuk tu, ngam2 ada satu meja kosong, lambat sikit trpaksa menunggulah jawabnya..

Pendapat aku, bila kita order tu, dia masak xdela ambik masa yang lama sangat, cuma biasalah order bersusun, mana yg order kt kedai, pastyu online lagi, pastikan korang mempunyai tahap kesabaran yang cukup tinggi taw!! hehe..(ambik masa sikitlaaa) biasalah kan kedai masih viral.

Mana nak cari chicken chop RM6.90??ha royak mari xdo kan??? sini je...Makanan tu best cuma part chicken chop n grill lamb chop, kuah black paper sikit sangat..Tapi mgkin bole mintak kuah lebih kot cuma kami tak mintakla sebab orang ramai sangat haaa..


Overall bagi aku ok r kedai ni, untuk you all yang nak try boleh pegi taw!! nah sini aku letak link tiktok ni..Aku tgok tiktok dia lalu kt wall aku, terus i tertarik pegi..hehe..


https://www.tiktok.com/@dapoqstreet/video/7278646561050037506?is_from_webapp=1&sender_device=pc


pegi jangan xpegi..harga pon xmahal sgt biasa2 jee...aku makan 4 orang, hbus RM79.00..ok la kan 4 jenis makanan n 4 jenis air.


Ok ngantuk sangat dah uols..jumpa lagi k!! belanja gambar kami sikit.


muka mak n pak penat sangat dah tuu


air ajo yg sempat ambik haha..lain2 pic semua dah kelaparan xnyempat dah ambik gambar haaa..




Selasa, 1 Ogos 2023

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1

Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb!

Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjalanan balik kerja.Itulah yang dirasakan oleh ramai penulis hebat di luar sana kan,menulis je time datangnya idea tu..Usah ditunggu²..hehe..aku?bukan penulis pon,it's just saja suka² orang ada blog, aku pon tak nak kalah nak ada blog jugak😂..Biarpun blog ko sebulan sekali baru ko publist entry baru..Hehe..

Tangan ni terasa nak kongsi cerita percutian aku yang tidak dirancang langsung. Betul lah seperti kata orang, yang tak dirancang tu lah yang jadi..Just imagine aku bersama 3 sahabat gamble pergi bercuti setelah masing² mendapat kelulusan dan keizinan big boss masing-masing. 

Alkisah kenapa kami berempat..Cerita bermula bila kami berempat sembang2 & setuju untuk join bersama sebagai sukarelawan dalam program Fun Run di Melaka..Budak² dua orang ni yang eksaitednya & kami kakak² yang da hampir separuh abad ni berpendapat macam best jee..hehe apa lagi terus register as urusetia..

Beberapa hari sebelum program, dapat khabar program ditangguh kerana kerajaan Melaka berhasrat menjadikan program Fun Run ni sbg progrm tahunan dieorang..So,mgkin memerlukan perancangan yang lebih rapi dan teliti..Aku pon tak ambik tau lebih detail..So that kami decide,onz jugaklah program ke Melaka..just jalan2 je..

Hari kejadian..keluar awal pagi tanpa initery yang dirancang, ikut je ke mana rasa terlintas di fikiran..

Pagi-pagi lagi after Subuh, 2 sahabat ni pickup aku kat Cheras,then kami menuju ke Langat ambik sorang lagi partner yang tinggal dekat sana.Usai semua dah berkumpul n dalam kereta, baru bincang jadual pagi hehe.. aku just bahasakan kami berempat A-D ye..hehe (jangan marah)

A: "Weh korang! Cepatlah decide nak breakfast kat mana"? Tiba2 perut dah lapar lak..masa tu jam baru menunjukkan 8.30 pagi..Huh!dasar perut asik minta makanan je,bila nak turun beratnyaaa camni!

B: Haaa camni, saya ada idea..dulu saya pernah la datang sini, kat Bangi xtaw la uols pernah datang ke tak.

A,C&D: kat mana??onz je kami follow.

Si B terus memecut mengikut had laju yang ditetapkan (masih dalam mood mengikut peraturan) menuju ke Bangi. Hampir sampai ke tempat yang dimaksudkan, kami bertiga serentak "woi!ko ni biar betul,ada ke tempat makan best dalam kampung,jalan sempit macamni??

Si B: "relek r, tengok ye nanti.

B terus memandu melalui jalan yang seperti lorong sempit kiri kanan penuh dengan daunan hijau, naik bukit n nampaklah sebuah kedai di puncak atas sana dikelilingi tanaman nenas.  Kami agak pelik,tapi setelah sampai dan selamat kami parking kereta di sebelah atas,barulah masing2 oooo...Ramai rupanya orang makan kat sini, sekaligus menampakkan signboard tempat tu...
"SAUDAGAR NENAS"..

Haa amacam uols pernah sampai tak?? Rupanya baru aku tahu sini ada kedai makan yang berkonsepkan nenas semuanya. Kami cam..owh,wow! best²..ok jom kita order!



Ok, sambung cerita.. Untuk order menu, kita beratur je..Bagi ku kat sini agak sempit la kalau ramai tu bole kata crowded la..Tapi so far service dia not sangt cepat & not sangat lambat.Once ko dah order ko akan diberikan resit yng dicetak nombor giliran.

Then, bila makanan dah siap staff akan menggunakan microfon & panggil nombor order tadi..Ok r dia buat camtu sebab tempat tu luas kan..Dari segi harga pulak tak dela mahal..Ok2 je..kategori murah tu takla...

Menu boleh dikatakan semuanya berasaskan nenas. Dah siap beratur dan order,bayar..ambil resit n carilah tempat duduk yang korang nak. Dari sini best sebab kita di atas bukit kan, so .sambil makan sambil menikmati udara dan suasana pagi.

Kami berempat order:
1.Nasi Lemak Nenas 
2.Nasi goreng Nenas 
3.Creampuff nenas
4.karipap ayam nenas
5.air nenas
6. kopi nenas
7.ais krim nenas

Kami memang dah bincang makan just nak rasa² je tak nak kenyang2 sangat nanti malas nak jalan..hehe.

Nasi lemak nenas

Sedap sambal,nasi,ayam dia semua cukup rasa best!



Nasi goreng ayam nenas

Rasa nasi goreng ni pon sedap,xde rasa nenas,just as hiasan diletakkan nenas .Kata konsep nenas kan..haruslah ada!


Puff ni pon sedap, cream dia memng rasa nenas tapi bukan macam jem nenas..Still rasa creampuff but ditmbh dgn rasa nenas.Cemana nak cakap,korang trylah nanti ye😂



Karipap ni meme terbaik bohhh!! Sedap bagi tekak aku & kawan².Mula2 nak order tu,dok fikir dalam kepala ish rasa apa tah ni karipap ayam nenas..Sebbnya aku ni,jenis tak suka somthing like jem perisa nenas,tart nenas..Tapi nak try orderkan jugak..Ternyata sedap seh!



Air nenas pure nenas..Sedap!

Kopi nenas,yg ni aku tak rasa lah sebab ni member aku ni adik haiman..so komen dari dia pon cakap sedap!


Ais krim ni,nyummy best wo..korang memang kena g try ni guys!


Air nenas juga

Selesai menjamu selera, perut dah kenyang we all layanzz bergambo..Orang kata nak kan suasana..hehe


Aku yang bambam & si cantik Nana


With adik² yang rajin melayan kerenah kakak2 neh





Turun tangga parking, akan ke sini menuju tempat order makanan.


Meja full sini je yang kosong..duduk jelah.


Amacam pemandangan?? Ha tu aku cakap best taw!


Ok cukup takat ni..Nanti aku sambung perjalanan tanpa dirancang dalam part 2 k..

Stay tune!❤️ 





Khamis, 8 Jun 2023

APLIKASI BAS DAN TRAIN YANG SANGAT MUDAH

Assalamualaikum korang..Amacam sihat ke semua?moga dikurniakan kesihatan yang baik ye semua..Diam tak diam dah hampir ke pertengahan Julai dah kita ni.how fast time flies...pantas sungguh. Sejak dari buka sekolah hari tu, rutin harian pergi dan balik kerja aku pon mula berubah. Yelah sebelum ni aku & geng2 satu opis ni, kami tinggal di kawasan aprtment yang sama..jadi kami memilih tumpang kawan2 pergi kerja sama. Actually seronok cumanya yelah bila kita tumpang orang, ofcourse, dah tentu2 ko kena ikut timing orang kan..

Sepertimana aku cakap tadi, sejak buka sekolah Mac hari tu, rutin harian pergi balik kerja dah berubah. Alhamdulillah satu kemudahan juga bila kerajaan mengumumkan penggunaan waktu fleksible untuk semua penjawat awam timing masuk kerja 7.30pagi - 9.00 pagi..Jadi masa tu kita boleh adjust.

Now dah jadi rutin, anak no 3 & si bongsu ni darjah 1 dan 5 tahun akan naik van ke sekolah. Si abang waktu pagi akan ke sekolah KAFA, petang ke sekolah kebangsaan. Mereka akan naik van yang sama. Si abang nombor 3 ni seorang yang aktif, lasak dan si adik akan ikut lah apa abang dia buat. So aku pagi2 memang kena tunggu pastikan naik van, baru mama boleh gerak ke pejabat. Van akan sampai around 7.30 or 7.40 pagi macam tu. Lepas dieorang naik van, aku bergegas berjalan ke arah bas stop yang terletak di flat sebelah rumah aku. So tiap kali aku smpai aku selalu terlepas bas.. Actually tak tahu menahu sangat waktu bas tu. Fuhh kalau dah terlepas uih seksa menunggu tau. Lama bebenor.

Rabu baru-baru ni, dalam perjalanan balik, serempak seorang kawan ofis ni yang juga menggunakan kenderaan awam untuk pergi dan balik kerja. Sembang-sembang & dia suggest aku naik MRT, then tukar MRT aliran kajang then ambil bas terus sampai rumah. Menariknya sebab aku tak perlu menapak jauh berbanding MRT-LRT dan bas.. dannn yang paling menyeksakan bila tunggu bas nak balik ke rumah fuhh bazir masa!!


Hari tu masa turun MRT Taman Midah, kebetulan sembang dengan sorang chinese ni..dia lah yang cadangkan aku download app Moovit. Senang lah bagi aku sebab boleh tengok timing dan pergerakan bas. Sangat2 membantu. So, uols pengguna pengangkutan awam macam aku, korang wajib lah ada app ni timing dia pon tak lari sangat dri jadual..kalau dia cakap 6.55..memang bas akan gerak 6.55..Haaa gitu..untuk jimat masa, jom cepat2 boleh guna app ni.


ni lah app tu..

Senang nak budget masa kita tau.

ok jumpa lagi next entry. Layan jela entry daku yang malas2 ni hehe..

bye..


Sabtu, 8 April 2023

SEANDAINYA MASA BISA DI UNDUR

Andai masa boleh di undur,terlalu banyk perkara yang ingin ku lakukan..Banyak masa aku buang begitu saja tanpa perkara yang berfaedah untuk masa depan.

Kadang-kadang aku terfikir,inikah takdir hidupku kini..Ya aku terima Ya Allah akan ketentuanMu..Yakinlah perancangan hidup yang teratur sewaktu muda,membuatkan kamu selesa bila berada di usia awal 40 an dan seterusnya.


Bagaimanapun,hidup perlu diteruskan..Allah dah kurniakan kehidupan yang sempurna,kesihatan yang baik..Terus manfaatkan masa yang ada. Benar, membawa ke arus 40 an..pemikiran banyak ke arah memikirkan banyak dosa masa lalu sedar atau tidak.Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa lalu..


Sekian,cukup untuk hari ni Salam Ramadhan..

Rabu, 21 Disember 2022

LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA & KILANG COKLAT SELAYANG ANJURAN PUSPANITA MAIWP

LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA & KILANG COKLAT SELAYANG ANJURAN PUSPANITA MAIWP


Daku kembali dengan entry baru di bulan Disember. ahah niat nak konsisten tuh melayang-layang entah ke mana, tetap juga tak konsisten. Tapi, hari-hari aku bukak blog taw baca cerita member2 yang aku follow, respect lah uols tetap konsisten berblog. Well done!

Back to cerita, Isnin, 19 Disember 2022, Puspanita MAIWP menganjurkan program Lawatan Inovasi "Jalan-Jalan Cari Ilmu Sempena Cuti Sekolah Tahun 2022" dianjurkan khas untuk anak-anak pekhidmat MAIWP dan segala kos adalah di tanggung sepenuhnya oleh puspanita MAIWP. Nak dijadikan cerita, selalu mama ni bukanlah antara orang yang join setiap program jalan-jalan yang dianjurkan jabatan.. Tapi kali ni kebetulan kawan baik mama ni ajk dalam team puspanita tu, so dia beria cakap dan mama pon terfikir apa salahnya daftarkanlah anak sulung aku, Abang Fahim (dipanggil abang ayen) oleh adik-adik.

Pagi Isnin tu, abg Ayen siap-siap awal pagi follow mama g pejabat sebab waktu bertolak dijadualkan jam 9.00pagi. Sampai je pejabat, bawak dia pergi breakfast dulu, kasi kenyang perut dulu hihi. Dah siap breakfast, terus menuju ke bas dan cari tempat duduk. Abang Ayen duduk bersama anak kawan ofis mama kira kawan dia kat rumah juga la sebab kami tinggal di kawasan apartment yang sama.

Masa tu, ajk berperanan semak nama anak2 seramai lebih kurang 40 orang , diagihkan doorgift, topi dan tag nama. Nampak happy masing-masing pergi lawatan tanpa mama di sisi. 

sebelum bertolak ambil gambar dulu

Lokasi pertama mereka ke Pusat Sains Negara. Pada mama ok la sebab yang pergi ni semua darjah 4 - tingkatan 3 dan masing-masing dah boleh belajar apa itu sains. Lagipun free kannn..hihihi..Gambar-gambar kat sana tak de la banyak sebab mama tak join kan. So mama sharekan gambar yang di kongsi oleh kawan mama yang bertugas sebagai ajk program.

















After lawatan ke Pusat Sains, anak-anak di bawa ke Ramly Burger untuk lunch, dah penat jalan perut pon lapar kan..Makanan tengahari pun di sponsor sepenuhnya oleh Puspanita MAIWP. Berselera masing-masing menikmati makan tengahari. 



Nasib la Abg Ayen ni jenis tak memilih makanan, apa yang di bagi itu lah yang di makan. Tak kisah time ada mama ke tak da mama..Pada mama dia pergi mana pon, senang di urus sebab dia tak banyak ragam dan tak memilih.

Selepas makan dan solat, rombongan terus menuju ke Grandeur Chocolate Malaysia yang terletak di Selayang. Hmm kat sini pon mama tak boleh share banyak memori coz member share 2 keping je gambar😅

Di sana anak-anak di beripeluang membuat coklat sendiri, apa lagi seronokla masing-masing. Masa cuti sekolah Abang Ayen hari tu full dengan aktiviti. Sori la anak mama ye, mama sangat-sangat sibuk hujung tahun ni..Tak berpeluang cuti pon.. Nanti ada rezeki kita g jalan2 family k!



Stay tuned!love..Eijah..😘😘


Ahad, 16 Oktober 2022

HARI SUKAN NEGARA MAIWP 2022 vs MAIWP Fit Challange

Assalam hye & it's just a hurry entry sejak dua menjak ni busy dengan pelbagai kerja-kerja di pejabat. For the 1st time buat entry berkaitan aktiviti di pejabat, ok jugak kan?hehe..Hari Sukan Negara sentiasa di sambut oleh sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta juga. Antara tujuan diadakan hari sukan negara salah satunya adalah untuk sama-sama memupuk semangat bersenam dan menyihatkan tubuh badan agar dapat mengurangkan masalah kesihatan. (betul ke?hihi lebih kurang macam tu la..)

15 Oktober 2022 (Sabtu) Hari Sukan Negara peringkat MAIWP. Sebelum ditetapkan tarikh hari sukan negara ni, MAIWP telah mengadakan 'MAIWP Fit Challange" untuk sama-sama bersaing, bersukan antara bahagian. Tak adalah asyik kerja mengadap komputer je kan?hihi. Yelah korang perasan tak banyak habiskan masa duduk depan komputer, tanpa bergerak, tinggi risikonya untuk penyakit slip disc.(nauzubillah). MAIWP Fit Challenge perlawanan sukan antara 8 pasukan di MAIWP. Acara yang dipertandingkan adalah bowling, badminton, bola jaring dan bola sepak.

Acara-acara sukan ni telah mula dipertandingkan dari awal September 2022 dan acara separuh akhir serta akhir bagi bola sepak dan bola jaring diadakan pada hari sukan negara. Pengumuman pasukan juara juga pada tarikh berkenaan.

Meriah, sengit semua ada!best aku tak join pon apa-apa sukan tahun ni, tapi lebih kepada jadi penyokong! puas hati taw! Paling best bila saat pengumuman juara pasukan di menangi oleh team bahagian aku, Lebah (Bahagian Agihan Zakat). Kerjasama semua ahli sangat hebat hingga membawa kemenangan besar pada BAZ. Alhamdulillah!

keputusan penuh perlawanan

Ok jom layan, biar gambar berbicara betapa gembiranya semua!kanak-kanak cilik sebagai penyokong pon tetap setia sampai habis program. 


menunggu keputusan

saat keputusan penuh di umumkan

yeayyy

Masa penyampaian hadiah pun bukan main meriah dan gamat dengan sorakan dan tepukan masing-masing. Terpancar jelas kegembiraan di wajah mereka. Puas!

bowling lelaki tempat ke 3

bola sepak ke 3


menerima hadiah dan piala dari VVIP



Acara terakhir pada hari tu adalah perlawanan tarik tali antara VIP dan bahagian kami. meriah sangat! Semoga tahun depan dapat berjumpa lagi dengan Hari Sukan Negara. Tq MAIWP.


Salam sayang
Eijah.









 












 

Jumaat, 14 Oktober 2022

INAI REPUBLIC 'BABY TRY ME'' SANGAT AWESOME BUAT PEMINAT INAI COLOR GELAP


Assalamualaikum wrh.wbt, selamat petang sihat ke korang? petang Jumaat redup je area ofis ni. Tengahari tadi hujan lebat tapi dalam jangka masa sekejap je tak sampai 1 jam pun. Alhamdulillah petang ni dah cerah balik boleh berjalan menuju ke traintanpa memikirkan nak lalu jalan mana sebab hujan hihihi.

Okeh, actually hari ni jom nak kenalkan uols satu lagi kebanggaan baru inovasi terbaru dari founder kita Puan Syarifah Furaiha & suami. Actually inai dah dah pun launch di HQ pada hujung September hari tu n now permintaan semakin tinggi setiap hari. 

Inai ni didatangkan dalam bentuk serbuk, warna hijau seperti mana yang uolss tahu pun, inai republic 100% menggunakan inai daun asli. Telah dimodenkan dengan inovasi terkini untuk memudahkan pemakai inai memakai inai dalam waktu yang cepat, cantik, dan sihat.

Nama inai ni 'Baby Try Me' memang datang dalam bentuk yang comel dan mudah dibawa kemana-mana. Inai serbuk ni perlu dibancuh dengam sedikit campuran air panas then kacau je dengan berus yang telah disediakan. Sedikit info untuk uols, dalam 1 kotak kecil inai baby try me ni lengkap dengan bahan berikut:

1. Nail seperator

2.Henna pawder sachet

3.Mini nail buffer

4.Nail brush

Ok jom tengok!

set lengkap dalam 1 kotak

let's try it!



owh terlalu nice!

kat sini boleh tengok perbandingan sebelum dan selepas

Ok, jom tengok cara-cara memakai inai ni dari mula sampai siap. Uols tengok sendiri senang ke senang sangat nanti hihi..

step 1

step 2

step 3

step 4

step 5

step 6

step 7

step 8

Haaa..camne uols??senang ke senang sangat??

Dapatkan sekarang dengan harga serendah RM17 uols boleh dapatkan inai Baby Try Me. Laju-laju taw, akak bukannya apa nanti korang terlepas sebab dengarnya HQ keluarkan 5000 pcs je untuk trial set ni!!!

Apa tunggu lagi ajom!!klik link bawah k kita sembangg hihi.

Salam Sayang.
Eijah.


















KEDAI WESTERN BARU KAT BANDAR TUN RAZAK , CHERAS

 Hai korang, sihat ke?? Aku? macam biasa lah tenggelam n timbul dalam dunia tulisan blog hehe,,adui dah makin berusia makin di landa kemalas...