Langkau ke kandungan utama

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1

Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb!

Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjalanan balik kerja.Itulah yang dirasakan oleh ramai penulis hebat di luar sana kan,menulis je time datangnya idea tu..Usah ditunggu²..hehe..aku?bukan penulis pon,it's just saja suka² orang ada blog, aku pon tak nak kalah nak ada blog jugakšŸ˜‚..Biarpun blog ko sebulan sekali baru ko publist entry baru..Hehe..

Tangan ni terasa nak kongsi cerita percutian aku yang tidak dirancang langsung. Betul lah seperti kata orang, yang tak dirancang tu lah yang jadi..Just imagine aku bersama 3 sahabat gamble pergi bercuti setelah masing² mendapat kelulusan dan keizinan big boss masing-masing. 

Alkisah kenapa kami berempat..Cerita bermula bila kami berempat sembang2 & setuju untuk join bersama sebagai sukarelawan dalam program Fun Run di Melaka..Budak² dua orang ni yang eksaitednya & kami kakak² yang da hampir separuh abad ni berpendapat macam best jee..hehe apa lagi terus register as urusetia..

Beberapa hari sebelum program, dapat khabar program ditangguh kerana kerajaan Melaka berhasrat menjadikan program Fun Run ni sbg progrm tahunan dieorang..So,mgkin memerlukan perancangan yang lebih rapi dan teliti..Aku pon tak ambik tau lebih detail..So that kami decide,onz jugaklah program ke Melaka..just jalan2 je..

Hari kejadian..keluar awal pagi tanpa initery yang dirancang, ikut je ke mana rasa terlintas di fikiran..

Pagi-pagi lagi after Subuh, 2 sahabat ni pickup aku kat Cheras,then kami menuju ke Langat ambik sorang lagi partner yang tinggal dekat sana.Usai semua dah berkumpul n dalam kereta, baru bincang jadual pagi hehe.. aku just bahasakan kami berempat A-D ye..hehe (jangan marah)

A: "Weh korang! Cepatlah decide nak breakfast kat mana"? Tiba2 perut dah lapar lak..masa tu jam baru menunjukkan 8.30 pagi..Huh!dasar perut asik minta makanan je,bila nak turun beratnyaaa camni!

B: Haaa camni, saya ada idea..dulu saya pernah la datang sini, kat Bangi xtaw la uols pernah datang ke tak.

A,C&D: kat mana??onz je kami follow.

Si B terus memecut mengikut had laju yang ditetapkan (masih dalam mood mengikut peraturan) menuju ke Bangi. Hampir sampai ke tempat yang dimaksudkan, kami bertiga serentak "woi!ko ni biar betul,ada ke tempat makan best dalam kampung,jalan sempit macamni??

Si B: "relek r, tengok ye nanti.

B terus memandu melalui jalan yang seperti lorong sempit kiri kanan penuh dengan daunan hijau, naik bukit n nampaklah sebuah kedai di puncak atas sana dikelilingi tanaman nenas.  Kami agak pelik,tapi setelah sampai dan selamat kami parking kereta di sebelah atas,barulah masing2 oooo...Ramai rupanya orang makan kat sini, sekaligus menampakkan signboard tempat tu...
"SAUDAGAR NENAS"..

Haa amacam uols pernah sampai tak?? Rupanya baru aku tahu sini ada kedai makan yang berkonsepkan nenas semuanya. Kami cam..owh,wow! best²..ok jom kita order!



Ok, sambung cerita.. Untuk order menu, kita beratur je..Bagi ku kat sini agak sempit la kalau ramai tu bole kata crowded la..Tapi so far service dia not sangt cepat & not sangat lambat.Once ko dah order ko akan diberikan resit yng dicetak nombor giliran.

Then, bila makanan dah siap staff akan menggunakan microfon & panggil nombor order tadi..Ok r dia buat camtu sebab tempat tu luas kan..Dari segi harga pulak tak dela mahal..Ok2 je..kategori murah tu takla...

Menu boleh dikatakan semuanya berasaskan nenas. Dah siap beratur dan order,bayar..ambil resit n carilah tempat duduk yang korang nak. Dari sini best sebab kita di atas bukit kan, so .sambil makan sambil menikmati udara dan suasana pagi.

Kami berempat order:
1.Nasi Lemak Nenas 
2.Nasi goreng Nenas 
3.Creampuff nenas
4.karipap ayam nenas
5.air nenas
6. kopi nenas
7.ais krim nenas

Kami memang dah bincang makan just nak rasa² je tak nak kenyang2 sangat nanti malas nak jalan..hehe.

Nasi lemak nenas

Sedap sambal,nasi,ayam dia semua cukup rasa best!



Nasi goreng ayam nenas

Rasa nasi goreng ni pon sedap,xde rasa nenas,just as hiasan diletakkan nenas .Kata konsep nenas kan..haruslah ada!


Puff ni pon sedap, cream dia memng rasa nenas tapi bukan macam jem nenas..Still rasa creampuff but ditmbh dgn rasa nenas.Cemana nak cakap,korang trylah nanti yešŸ˜‚



Karipap ni meme terbaik bohhh!! Sedap bagi tekak aku & kawan².Mula2 nak order tu,dok fikir dalam kepala ish rasa apa tah ni karipap ayam nenas..Sebbnya aku ni,jenis tak suka somthing like jem perisa nenas,tart nenas..Tapi nak try orderkan jugak..Ternyata sedap seh!



Air nenas pure nenas..Sedap!

Kopi nenas,yg ni aku tak rasa lah sebab ni member aku ni adik haiman..so komen dari dia pon cakap sedap!


Ais krim ni,nyummy best wo..korang memang kena g try ni guys!


Air nenas juga

Selesai menjamu selera, perut dah kenyang we all layanzz bergambo..Orang kata nak kan suasana..hehe


Aku yang bambam & si cantik Nana


With adik² yang rajin melayan kerenah kakak2 neh





Turun tangga parking, akan ke sini menuju tempat order makanan.


Meja full sini je yang kosong..duduk jelah.


Amacam pemandangan?? Ha tu aku cakap best taw!


Ok cukup takat ni..Nanti aku sambung perjalanan tanpa dirancang dalam part 2 k..

Stay tune!❤️ 





Ulasan

  1. unik tul konsep menu berasaskan nenas tu. teringin nak cuba satu hari nanti...

    BalasPadam
  2. mesti cuak kan..masuk kawasan cmtu, nampak macam xde apa2 kan.. tapi idea owner ni bagus la kan, walaupun pedalaman..org tahu ada kedai best dkt dalam tu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

APLIKASI BAS DAN TRAIN YANG SANGAT MUDAH

Assalamualaikum korang..Amacam sihat ke semua?moga dikurniakan kesihatan yang baik ye semua..Diam tak diam dah hampir ke pertengahan Julai dah kita ni.how fast time flies...pantas sungguh. Sejak dari buka sekolah hari tu, rutin harian pergi dan balik kerja aku pon mula berubah. Yelah sebelum ni aku & geng2 satu opis ni, kami tinggal di kawasan aprtment yang sama..jadi kami memilih tumpang kawan2 pergi kerja sama. Actually seronok cumanya yelah bila kita tumpang orang, ofcourse, dah tentu2 ko kena ikut timing orang kan.. Sepertimana aku cakap tadi, sejak buka sekolah Mac hari tu, rutin harian pergi balik kerja dah berubah. Alhamdulillah satu kemudahan juga bila kerajaan mengumumkan penggunaan waktu fleksible untuk semua penjawat awam timing masuk kerja 7.30pagi - 9.00 pagi..Jadi masa tu kita boleh adjust. Now dah jadi rutin, anak no 3 & si bongsu ni darjah 1 dan 5 tahun akan naik van ke sekolah. Si abang waktu pagi akan ke sekolah KAFA, petang ke sekolah kebangsaan. Mereka akan
HARI SUKAN NEGARA MAIWP 2022 vs MAIWP Fit Challange Assalam hye & it's just a hurry entry sejak dua menjak ni busy dengan pelbagai kerja-kerja di pejabat. For the 1st time buat entry berkaitan aktiviti di pejabat, ok jugak kan?hehe..Hari Sukan Negara sentiasa di sambut oleh sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta juga. Antara tujuan diadakan hari sukan negara salah satunya adalah untuk sama-sama memupuk semangat bersenam dan menyihatkan tubuh badan agar dapat mengurangkan masalah kesihatan. (betul ke?hihi lebih kurang macam tu la..) 15 Oktober 2022 (Sabtu) Hari Sukan Negara peringkat MAIWP. Sebelum ditetapkan tarikh hari sukan negara ni, MAIWP telah mengadakan 'MAIWP Fit Challange" untuk sama-sama bersaing, bersukan antara bahagian. Tak adalah asyik kerja mengadap komputer je kan?hihi. Yelah korang perasan tak banyak habiskan masa duduk depan komputer, tanpa bergerak, tinggi risikonya untuk penyakit slip disc.(nauzubillah). MAIWP Fit Challenge pe