Langkau ke kandungan utama

APLIKASI BAS DAN TRAIN YANG SANGAT MUDAH

Assalamualaikum korang..Amacam sihat ke semua?moga dikurniakan kesihatan yang baik ye semua..Diam tak diam dah hampir ke pertengahan Julai dah kita ni.how fast time flies...pantas sungguh. Sejak dari buka sekolah hari tu, rutin harian pergi dan balik kerja aku pon mula berubah. Yelah sebelum ni aku & geng2 satu opis ni, kami tinggal di kawasan aprtment yang sama..jadi kami memilih tumpang kawan2 pergi kerja sama. Actually seronok cumanya yelah bila kita tumpang orang, ofcourse, dah tentu2 ko kena ikut timing orang kan..

Sepertimana aku cakap tadi, sejak buka sekolah Mac hari tu, rutin harian pergi balik kerja dah berubah. Alhamdulillah satu kemudahan juga bila kerajaan mengumumkan penggunaan waktu fleksible untuk semua penjawat awam timing masuk kerja 7.30pagi - 9.00 pagi..Jadi masa tu kita boleh adjust.

Now dah jadi rutin, anak no 3 & si bongsu ni darjah 1 dan 5 tahun akan naik van ke sekolah. Si abang waktu pagi akan ke sekolah KAFA, petang ke sekolah kebangsaan. Mereka akan naik van yang sama. Si abang nombor 3 ni seorang yang aktif, lasak dan si adik akan ikut lah apa abang dia buat. So aku pagi2 memang kena tunggu pastikan naik van, baru mama boleh gerak ke pejabat. Van akan sampai around 7.30 or 7.40 pagi macam tu. Lepas dieorang naik van, aku bergegas berjalan ke arah bas stop yang terletak di flat sebelah rumah aku. So tiap kali aku smpai aku selalu terlepas bas.. Actually tak tahu menahu sangat waktu bas tu. Fuhh kalau dah terlepas uih seksa menunggu tau. Lama bebenor.

Rabu baru-baru ni, dalam perjalanan balik, serempak seorang kawan ofis ni yang juga menggunakan kenderaan awam untuk pergi dan balik kerja. Sembang-sembang & dia suggest aku naik MRT, then tukar MRT aliran kajang then ambil bas terus sampai rumah. Menariknya sebab aku tak perlu menapak jauh berbanding MRT-LRT dan bas.. dannn yang paling menyeksakan bila tunggu bas nak balik ke rumah fuhh bazir masa!!


Hari tu masa turun MRT Taman Midah, kebetulan sembang dengan sorang chinese ni..dia lah yang cadangkan aku download app Moovit. Senang lah bagi aku sebab boleh tengok timing dan pergerakan bas. Sangat2 membantu. So, uols pengguna pengangkutan awam macam aku, korang wajib lah ada app ni timing dia pon tak lari sangat dri jadual..kalau dia cakap 6.55..memang bas akan gerak 6.55..Haaa gitu..untuk jimat masa, jom cepat2 boleh guna app ni.


ni lah app tu..

Senang nak budget masa kita tau.

ok jumpa lagi next entry. Layan jela entry daku yang malas2 ni hehe..

bye..


Ulasan

  1. betul tu amat menyusahkan dan membazir masa jika guna public transport di Malaysia. Tp jika nak drive sendiri terpaksa hadap jem plak. Sabar je la...

    BalasPadam
  2. itulah..at least dgn app ni rs membantu la juga..ha memang kalu drive nak2 kl ni pulokk..haha hadap la time2 teruk tu tmbh stress hehe

    BalasPadam
  3. SA dah berbelas tahun naik pengangkutan awam..ikutkan memang leceh tapi kena pandai manage ikut masa dan schedule..cuma schedule KTM yang x selalu synchronize

    BalasPadam
    Balasan
    1. aha betul SA..KTm xtau la nk ckp apa dah..nasib xterlibat ngan KTM..

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjalanan balik kerja.Itulah yang dirasakan oleh ramai penulis hebat di luar sana kan,menulis je time datangnya idea tu..Usah ditunggu²..hehe..aku?bukan penulis pon,it's just saja suka² orang ada blog, aku pon tak nak kalah nak ada blog jugak😂..Biarpun blog ko sebulan sekali baru ko publist entry baru..Hehe.. Tangan ni terasa nak kongsi cerita percutian aku yang tidak dirancang langsung. Betul lah seperti kata orang, yang tak dirancang tu lah yang jadi..Just imagine aku bersama 3 sahabat gamble pergi bercuti setelah masing² mendapat kelulusan dan keizinan big boss masing-masing.  Alkisah kenapa kami berempat..Cerita bermula bila kami berempat sembang2 & setuju untuk join bersama sebagai sukarelawan dalam program Fun Run di Melaka..Budak² dua orang ni yang eksaitednya & kami kakak² yang da hampir separuh abad ni berpendapat macam best jee..he
HARI SUKAN NEGARA MAIWP 2022 vs MAIWP Fit Challange Assalam hye & it's just a hurry entry sejak dua menjak ni busy dengan pelbagai kerja-kerja di pejabat. For the 1st time buat entry berkaitan aktiviti di pejabat, ok jugak kan?hehe..Hari Sukan Negara sentiasa di sambut oleh sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta juga. Antara tujuan diadakan hari sukan negara salah satunya adalah untuk sama-sama memupuk semangat bersenam dan menyihatkan tubuh badan agar dapat mengurangkan masalah kesihatan. (betul ke?hihi lebih kurang macam tu la..) 15 Oktober 2022 (Sabtu) Hari Sukan Negara peringkat MAIWP. Sebelum ditetapkan tarikh hari sukan negara ni, MAIWP telah mengadakan 'MAIWP Fit Challange" untuk sama-sama bersaing, bersukan antara bahagian. Tak adalah asyik kerja mengadap komputer je kan?hihi. Yelah korang perasan tak banyak habiskan masa duduk depan komputer, tanpa bergerak, tinggi risikonya untuk penyakit slip disc.(nauzubillah). MAIWP Fit Challenge pe