Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

SIMPTOM LOYA DAN MUNTAH SEMASA KEHAMILAN

Loya dan muntah semasa kehamilan merupakan perkara biasa bagi wanita yang mengandung terutama di awal kehamilan. Loya dan muntah juga di sebut ''morning sickness'' dan sangat memeritkan bagi yang pernah mengalami proses ini. Apa yang pasti simptom ini menyebabkan rasa yang tidak selesa kepada bakal ibu. Ada yang mengalami morning sickness yang sangat teruk muntah sehingga keluar darah dan menyebabkan bau hanyir yang keluar kerana badan sudah kekeringan air. Hmmm..teringat pengalamn saya mengandungkan anak sulung..memang mengalami morning sickness tahap ini.  KENAPA MENGALAMI MUNTAH DAN LOYA Sebenarnya kita juga perlu mengkaji apakah faktor yang menyebabkan berlakunya morning sickness ini. Apa yang saya baca, cari dan rujuk, memang tiada punca yang tepat diketahui penyebab kepada loya dan muntah ini. Akan tetapi, apa yang pasti ia disebabkan oleh kombinasi perubahan fizikal yang berlaku pad ibu. Perubahan yang berlaku adalah:- 1. Hormon HCG (Human Ch

Atasai Masalah Bau Badan Dengan Alfalfa Shaklee

Assalamualaikum readers!! hari ini terpanggil untuk berkongsi mengenai masalah bau badan di kalangan kita. Masalah bau badan merupakan masalah yang sangat tidak menyenangkan samada bagi yang mengalami dan orang yang berada disekelilingnya. Bau badan (Bromhidrosis) adalah bau bakteria bercampur peluh yang terdapat pada badan kita. Peluh dihasilakn daripada kalenjar accrine dan apocrine . Kedua-dua kalenjar tersebut mempunyai fungsi yang berbeza. Kalenjar accrine menghasilkan peluh yang tidak berbau yang selalunya keluar di tapak tangan, dahi dan punggung dan telah berfungsi sejak dari bayi. Manakala kalenjar apocrine pula akan keluar di tempat yang berambut seperti ketiak, kemaluan, dan hidung. Fungsi kalenjar tersebut akan mula berfungsi terutama setelah seseorang itu baligh yang mana apabila peluh yang dihasilkan bercampur dengan bakteria, akan menghasilkan bau yang tidak sedap dan dipanggil bau badan. Perunding Dermatologi PCMC pula berkata, bau badan berpunca daripada bahan buangan

DEMAM KUNING DI KALANGAN BAYI

KENALI PUNCA DAN CARA MENGATASI DEMAM KUNING BAYI ANDA APA ITU DEMAM KUNING DAN PUNCANYA? Demam kuning atau jaundis selalunya menyerang bayi yang baru lahir dan selalunya berlaku kepada bayi berumur 1 - 14 hari. Mengikut kajian, hampir 50-60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami jaundis. Ini bermakna setiap 10 orang bayi yang lahir, 6 daripadanya akan mengalami jaundis.  Jaundis (demam kuning) berlaku disebabkan oleh pigmen kuning atau lebih dikenali BILIRUBIN(bahan kumuh)  yang meningkat dalam darah. Bilirubin ini berlaku disebabkan pecahnya sel-sel darah merah sewaktu bayi lahir. Ketika bayi masih di dalam kandungan, bilirubin di buang melalui plasentra dan organ. Hati dari ibu akan diolah menjadi bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses penyahtinjaan. Setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan sendiri oleh hati bayi itu. Namun disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu menjadi lambat dan menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam

GEJALA YANG SERING BERLAKU SELEPAS HAMIL- ANDA PERLU TAHU!!

SIMPTOM SELEPAS BERSALIN-ANDA PERLU TAHU? Saat selepas melahirkan bayi kesayangan kita, iaitu selepas bersalin setiap ibu wajib melalui proses berpantang dan umumnya proses berpantang ini memang merupakan cabaran besar buat ibu-ibu tambahan lagi ibu yang melahirkan anak pertama. Terdapat simptom dan gejala yang perlu anda tahu yang sering berlaku terhadap ibu yang melalui proses berpantang.  Bagi yang pernah melalui, sememangnya tahu dan bagi yang bakal menghadapi, anda akan mengetahui bahawa keadiran bayi memerlukan penjagaan yang sangat rapi. Tambahan pula,  ibu selepas bersalin masih lagi mengalami perubahan hormon dan keletihan yang mana sekiranya tidak ada ilmu menangani, perkara ini boleh membawa kepada bahaya si ibu.  Risau ibu- ibu mengalami stress dan tekanan dalam tempoh berpantang, kita boleh elakkan dengan cara menambah ilmu untuk diri sendiri cara menangani stress selepas bersalin dan mungkin juga dengan pengambilan suplemen. Terdapat beberapa pe

DEMAM DI KALANGAN ORANG DEWASA

Istilah demam sering kita dengar di bibir masyarakat dahulu dan sekarang. Demam juga akan menyerang semua peringkat samada bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan demam di kalangan orang dewasa. APA ITU DEMAM Demam merujuk kepada ketinggian suhu badan yang mana suhu badan berubahdari suhu biasa kepada suhu melebihi 37c. Secara teknikal apa-apa suhu badan yang melebihi suhu mulut manusia biasa iaitu 37c boleh di anggap demam dan boleh dirujuk kepada pakar perubatan.  Demam kebiasaannya diiringi gejala lain dan menyebabkan demam menjadi lebih parah bila terdapat tanda lain seperti batuk, sakit tekak, keletihan, sakit sendi, menggigil, mual dan lain-lain yang berkaitan. Apabila demam mencapai suhu 40c sudah dianggap berbahaya dan perlu segera mendapat rawatan kerana takut mengakibatkan sawan. APA YANG MENYEBABKAN DEMAM Demam merupakan tindakbalas imunisasi badan terhadap virus dan jangkitan seperti bakte

DIET SEMASA MENYUSU

Assalamualaikum to semua my readers!! I LUV U ...sayangi diri kita dan sayangi orang sekeliling kita n for me sayangi semua readers kita n all mu customer. Hidup sebagai wanita sangat istimewa kerana kita dikurniakan nikmat untuk mengandung, bersalin, berpantang yang mana semua itu menuntut pengorbanan yang besar dari seseorang bergelar wanita. Hmm..panjang celoteh mak nenek kan..kikiki.. gambar sekadar hiasan Ok now, harini ezah nak kongsikan dengan semua mengenai diet semasa menyusu. Untuk ibu-ibu yang menyusu anda boleh diet? jawapannya YA, boleh, tapi perlulah seimbang kerana ibu menyusu perlu memastikan pengambilan kalsium yang tinggi untuk mengelakkan kehilangan kalsium tulang kelak. Kajian menunjukkan ibu menyusu memerlukan tenaga 25% melebihi orang yang tidak menyusu.  gambar hiasan Kebiasaannya, penggunaan tisu lemak dari badan semasa tempoh penyusuan akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan berat badan, Sekiranya ibu-ibu pandai memilih makanan yang

SET BERSALIN SHAKLEE

Kebelakangan ini, ramai antara customer dan bakal customer yang bertanyakan mengenai Set Bersalin Shaklee dan saya bertanggungjawab untuk kongsikan di sini mengenai apakah set bersalin Shaklee dan apakah fungsi setiap produk tersebut. Set Bersalin Shaklee juga merupakan antara Set yang paling laris di pasaran mungkin ramai bakal-bakal ibu di luar sana telah ramai yang study, menjumpai kebaikan produk Shaklee ini. Hari ini suka saya berkongsi di sini bersama readers semua bahawan set bersalin mempunyai beberapa kombinasi dan juga mengikut budget anda sendiri. Di bawah adalah set mengikut kombinasi yang telah ditetapkan:- Terdiri daripada kombinasi Vitamin C, Vitaleam B-Complex dan Zinc Complex Yang mana set bersalin ini membantu para ibu  - sembuh luka bersalin dengan cepat dan memudahkan pergerakan ibu selepas bersalin - memulihkan luka dalaman bersalin - mengelakkan stress untuk menghindar meroyan - memberi tenaga kepada ibu yang kerap bangun malam b