Langkau ke kandungan utama

PERKAHWINAN YANG MENJADI KENANGAN MANIS PART 2

Sambungan..Part 2

To those yang nak baca cerita part 1 klik.DI SINI ok!!⌣
Sesampai di rumah, hujan masih renyai2 dan xde sesapa kt rumah, semua dah ke masjid untuk majlis aqad nikah dan yang tinggal jiran-jiran yang sentiasa murah dengan pertolongan membantu menyiapkan apa yang patut. Dalam keadaan hujan yang masih lagi renyai-renyai, aku meneruskan kerja-kerja yang sepatutnya sementara menunggu family semua pulang dari masjid. Motosikal 3 biji kt rumah dah do bawak oleh adik lelaki 3 org, kereta mmg xade lah kebanyakan bila banjir macam ni orang kg semua akan bawak kereta ke tempat yang lebih selamat dan tinggi sebagai langkah berjaga-jaga. Sementara menunggu majlis persandingan, aku iron baju anak beranak dulu.kita pon nak melawa hokay even terpaksa mengharungi banjir!!!!!

Lebih kurang jam 11.00 pagi majlis akad nikah selesai n rombongan pengantin terus ke rumah untuk disandingkan walau dalam keadaan yang sangat serba ringkas..Hujan lebat, pakaian family belah pengantin lelaki masih basah-basah akibat melalui kawasan yg dinaiki air tadi dan makan-makan mereka semua pon cepat-cepat mohon undur diri sebab air semakin naik dan tidak menunjukkan tanda-tanda hujan akan berhenti. Alhamdulillah selamat diijabkabulkan dan usai jam 12.00 tengahari tetamu jiran-jiran mula memenuhi khemah dan alhamdulillah majlis tetap berlangsung seperti yang dirancang. apa yang kami ralat cuma kamum keluarga sebelah ayah dan mak yang balik jauh dari KL, Perak semua xdapat hadir majlis dek sangkut air banjir. Allahu,,dugaan n terima kasih semua!!!


congrats my dear sis n husband!!sejarah taw wedding korang!!


Sibuk melayan tetamu, penat seharian pon dah tak rasa sebab seronok lah jumpa jiran-jiran semua yang dah lama xjumpa, layan tetamu..kawan mak kawan ayah...dah rasa macam mak2 gtuuuu..(dah ko memang mak2 la oiii) berangan jee.. tetamu yang dijangka ternyata tidak seramai yang di jemput dan sudah tentu sekali semuanya tersekat di seberang. Maafkan kami semua yang datang n xdapat masuk ke rumah. Semua tetamu pulang dengan hampa tapi aku dapat rasakan jugak dieorang puas sebenarnya yelah sekurang-kurangnya dah sampai tapi perancangan Allah lebih hebat, tak siapa yang tahu tarikh itu sebenarnya Allah nak bagi banjir di kampungku. 


Sesudah petang kami semua adik beradik bergotong royong mengemas rumah, bukak khemah dan buat apa sahaja yang patut sebabnya keesokan harinya jiran kat depan rumah pulak yang akan adakan kenduri perkahwinan anak perempuannya dengan harapan moga air dah sedikit surut. Selang 2 hari tiba pulak masa majlis bertandang ke rumah sebelah lelaki. Kali ni, semua sanak sedara yang tak dapat makan kenduri kat rumah aku, dah aiap awal2 memang wajib akan pergi ke Pasir Puteh rumah belah lelaki dan malam sebelum hari tu, kami juga berharap perkara yang sama, moga surutlah air. Tapi Allah lebih mengetahui pagi tu, hujan tetap turun dan kami macamana pon tetap akan pergi ke rumah pengatntin lelaki. Ayah n adik lelaki yang uruskan semuanya mencari sebuah kenderaan yang boleh memuatkan keluarga dan beberapa orang kampung yang akan ikut bersama ke rumah pengantin lelaki dan akhirnya demo semua dah decide sebuah 'TRAKTAR" -bahasa kelate kot..kl pggil apa tah..hihi sori jakunnn...so dah decide kami semua akan naik tu untuk sampai ke tempat kereta masing-masing di seberang sana.Wah!!!wah!!wah!!!!dasyat uolssss!!ni lah rupanya trektar tu..


adik lelaki no 5 (ayah ngoh-panggilan ank2 buah), adik aku yg ni sgt sporting mmg da best lah!!


see, cmni la keadaan dlm traktor..dihiasi biji2 kelapa sawit


ha tudia pengantin, xmakeup apapon lagi..mmg rare!!


jiran..banyak tolong


abaikan aku yg gemuk sgt time neh...suasana dlm traktar ni..


nak naik ats ni bukan senang2 taw, kne panjat tangga..haa igt hape???hihi


jiran jugak


bersedia bergerak


rasa cam kelakar sangat, naik ni semua org tengok tp mmg sweet moments sgt!!

So for next entry wait part 3 lak ye..ada sikit lagi..Nantikan cerita selepas balik dari rumah pihak lelaki..kami decide nak redah je...sbb dah petang baju biarlah basah pun..

So, stay tuned comel2 ye!!!





Ulasan

  1. Alhamdulillah ... walaupun banjir, masih meriah ... memang kenangan ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah awal2 je kelam kabut sbb nk cari knderaan angkut dri sebreang smpai ke kg kami, tp alhamdulillah masih meriha cuma ada terkilan jugakla sbb tetamu ada ramai yg trpksa patah balik...

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjalanan balik kerja.Itulah yang dirasakan oleh ramai penulis hebat di luar sana kan,menulis je time datangnya idea tu..Usah ditunggu²..hehe..aku?bukan penulis pon,it's just saja suka² orang ada blog, aku pon tak nak kalah nak ada blog jugak😂..Biarpun blog ko sebulan sekali baru ko publist entry baru..Hehe.. Tangan ni terasa nak kongsi cerita percutian aku yang tidak dirancang langsung. Betul lah seperti kata orang, yang tak dirancang tu lah yang jadi..Just imagine aku bersama 3 sahabat gamble pergi bercuti setelah masing² mendapat kelulusan dan keizinan big boss masing-masing.  Alkisah kenapa kami berempat..Cerita bermula bila kami berempat sembang2 & setuju untuk join bersama sebagai sukarelawan dalam program Fun Run di Melaka..Budak² dua orang ni yang eksaitednya & kami kakak² yang da hampir separuh abad ni berpendapat macam best jee..he

APLIKASI BAS DAN TRAIN YANG SANGAT MUDAH

Assalamualaikum korang..Amacam sihat ke semua?moga dikurniakan kesihatan yang baik ye semua..Diam tak diam dah hampir ke pertengahan Julai dah kita ni.how fast time flies...pantas sungguh. Sejak dari buka sekolah hari tu, rutin harian pergi dan balik kerja aku pon mula berubah. Yelah sebelum ni aku & geng2 satu opis ni, kami tinggal di kawasan aprtment yang sama..jadi kami memilih tumpang kawan2 pergi kerja sama. Actually seronok cumanya yelah bila kita tumpang orang, ofcourse, dah tentu2 ko kena ikut timing orang kan.. Sepertimana aku cakap tadi, sejak buka sekolah Mac hari tu, rutin harian pergi balik kerja dah berubah. Alhamdulillah satu kemudahan juga bila kerajaan mengumumkan penggunaan waktu fleksible untuk semua penjawat awam timing masuk kerja 7.30pagi - 9.00 pagi..Jadi masa tu kita boleh adjust. Now dah jadi rutin, anak no 3 & si bongsu ni darjah 1 dan 5 tahun akan naik van ke sekolah. Si abang waktu pagi akan ke sekolah KAFA, petang ke sekolah kebangsaan. Mereka akan
HARI SUKAN NEGARA MAIWP 2022 vs MAIWP Fit Challange Assalam hye & it's just a hurry entry sejak dua menjak ni busy dengan pelbagai kerja-kerja di pejabat. For the 1st time buat entry berkaitan aktiviti di pejabat, ok jugak kan?hehe..Hari Sukan Negara sentiasa di sambut oleh sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta juga. Antara tujuan diadakan hari sukan negara salah satunya adalah untuk sama-sama memupuk semangat bersenam dan menyihatkan tubuh badan agar dapat mengurangkan masalah kesihatan. (betul ke?hihi lebih kurang macam tu la..) 15 Oktober 2022 (Sabtu) Hari Sukan Negara peringkat MAIWP. Sebelum ditetapkan tarikh hari sukan negara ni, MAIWP telah mengadakan 'MAIWP Fit Challange" untuk sama-sama bersaing, bersukan antara bahagian. Tak adalah asyik kerja mengadap komputer je kan?hihi. Yelah korang perasan tak banyak habiskan masa duduk depan komputer, tanpa bergerak, tinggi risikonya untuk penyakit slip disc.(nauzubillah). MAIWP Fit Challenge pe