Langkau ke kandungan utama

BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN...APA PERSEDIAAN DAN APA YANG PERLU ANDA TAHU?

Assalamualaikum pembaca yang disayangi...

Kebelakangan ini, istilah bersalin secara pembedahan sangat popular meniti di bibir-bibir ibu yang bakal melahirkan anak. Adakah semudah itu untuk memilih bersalin secara pembedahan caesarean? Kalau itulah yang bermain di fikiran kita, ternyata anda salah. Ini adalah kerana pihak pakar perubatan perlu berbincang secara serius dengan bakal ibu dan bapa sebelum kelahiran secara pembedahan dijalankan. Bagi yang belum tahu apakah maksudnya pembedahan caesarean...pembedahan ini ialah pihak doktor pakar akan memotong perut dan rahim(uterus) agar bayi dapat dilahirkan. 



FAKTOR PEMBEDAHAN CAESAREAN DILAKUKAN

Bersalin secara pembedahan ini terpaksa dilakukan apabila si ibu tidak dapat melahirkan anak secara normal. 

Terdapat 2 keadaan kenapa pembedahan dilakukan:-

1. Pembedahan elektif (dirancang)

- Kebanyakkannya pembedahan yang dirancang akan dilakukan apabila doktor telah mengenal pasti masalah seseorang ibu, samada masalah bayi di dalm kandungan yang kedudukannya sentiasa berubah posisi ataupun bayi tidak membesar lagi di dalam rahim.

- Kemungkinan pembedahan ini dijalankan juga adalah kerana  ibu-ibu pernah mengalami 2 pembedahan sebelum kelahiran ke 3 dan juga kemungkinan ibu mengalami masalah darah tinggi ataupun kencing manis yang membahayakan nyawa ibu dan bayi sekiranya proses bersalin normal diteruskan.

2. Pembedahan kecemasan

- Pembedahan kecemasan ini dilakukan apabila berlakunya terbelit tali pusat bayi menyebabkan lemahnya denyutan jantung bayi dan menyebabkan bahaya kepad abayi berkenaan. Bagi ibu pula, pembedahan akan dilakukan secara kecemasan sekiranya semasa proses kelahiran normal berlakunya pendarahan yang sangat banyak yang akan membahayakan nyawa.

Sekiranya masalah telah dikenal pasti dan bersalin secara pembedahan akan dijalankan, beberapa prosedur sebelum menjalani pembedahan akan diterangkan kepada ibu. Saya sendiri memang mengalami perkara ini kerana kedua-dua ank saya dilahirkan secara pembedahan.

Pihak hospital akan:-

  • memberitahu anda apa yang berlaku semasa pembedahan
  • menerangkan risiko yang mungkin berlaku kepada anda dan bayi
  • menerangkan apakah sebab dan faktor pembedahan ini terpaksa dijalankan
  • meminta kebenaran daripada anda dan suami 

Sebelum berjalannya pembedahan, beberapa perkara akan dilakukan oleh pihak hospital iaitu:-

1. titisan drip akan dimasukkan melalui injection di lengan untuk memudahkan ubat-ubatan disalurkan ke badan sekiranya perlu.



2. Ubat bius akan diberikan di tempat yang perlu dan ia akan disuntik melalui suntikan anesthesia epidura atau sekatan spina. Proses ini akan membuatkan bahagian pinggan ke bawah akan merasa kebas yang mana proses ini adalah lebih terjamin untuk ibu dan bayi. 

3. Satu tiub nipis akan dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui urethra anda. Proses ini untuk memastikan pundi kencing dikosongkan. 

4. Kawasan faraj anda akan dicukur dan akan dibersihkan dengan antiseptik.

5. Satu alatan untuk memantau tekanan darah akan di pasang di lengan anda.



6. Satu alatan yang dinamakan elektrod akan diletakkan di dada anda bertujuan untuk mengawasi degupan jantung dan alat pengesan nadi juga akan di pasang di jari anda.


Samada bersalin secara normal ataupun pembedahan, masing-masing mempunyai risiko sendiri yang mana kedua-dua proses bersalin ini tetap memerlukan pengorbanan yang amat perit dari seorang insan yang bernama ISTERI dan IBU..

Bagi sang suami...hargailah isteri anda kerana pengorbanan mereka melahirkan anak anda tiada tandingan nilainya. Bagi proses berpantang untuk ibu yang bersalin secara pembedahan juga boleh mendapatkan set Berpantang Shaklee kerana ia boleh terus di amalkan selepas proses kelahiran. 

SET BERPANTANG SHAKLEE BAGI YANG BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN



VITALEA LENGKAP DENGAN 12 VITAMIN DAN 7 MINERAL



MEMBANTU MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN LUKA DALAMAN DAN LUARAN




BERSIFAT ANTIOKSIDAN DAN MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI TERHADAP MELAWAN PENYAKIT


MENGURANGKAN SIMPTOM KEMURUNGAN DAN TEKANAN



gandingan set berpantang Shaklee untuk ibu berpantang secara pembedahan.


Nantikan entry saya yang seterusnya berkenaan apakah yang berlaku semasa pembedahan. Saya kongsikan ini semua untuk anda ibu-ibu di luar sana..

Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



Ulasan

  1. Bismillah...

    meninggal semasa bersalin adalah mati syahid.
    ibu-ibu yang pernah mengalami pasti teringat saat-saat anda berjuang nyawa untuk melahirkan sama ada secara normal atau pembendahan.

    free-free boleh singgah baca artikal di blog saya:
    http://carehappytips.blogspot.com/2014/02/suplemen-shaklee-sebagai-pilihan-saya.html

    BalasPadam
  2. Betul tu. semuanya pengorbanan seorang ibu. Terima kasih Nur Farah Liza..saya mesti singgah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjalanan balik kerja.Itulah yang dirasakan oleh ramai penulis hebat di luar sana kan,menulis je time datangnya idea tu..Usah ditunggu²..hehe..aku?bukan penulis pon,it's just saja suka² orang ada blog, aku pon tak nak kalah nak ada blog jugak😂..Biarpun blog ko sebulan sekali baru ko publist entry baru..Hehe.. Tangan ni terasa nak kongsi cerita percutian aku yang tidak dirancang langsung. Betul lah seperti kata orang, yang tak dirancang tu lah yang jadi..Just imagine aku bersama 3 sahabat gamble pergi bercuti setelah masing² mendapat kelulusan dan keizinan big boss masing-masing.  Alkisah kenapa kami berempat..Cerita bermula bila kami berempat sembang2 & setuju untuk join bersama sebagai sukarelawan dalam program Fun Run di Melaka..Budak² dua orang ni yang eksaitednya & kami kakak² yang da hampir separuh abad ni berpendapat macam best jee..he

APLIKASI BAS DAN TRAIN YANG SANGAT MUDAH

Assalamualaikum korang..Amacam sihat ke semua?moga dikurniakan kesihatan yang baik ye semua..Diam tak diam dah hampir ke pertengahan Julai dah kita ni.how fast time flies...pantas sungguh. Sejak dari buka sekolah hari tu, rutin harian pergi dan balik kerja aku pon mula berubah. Yelah sebelum ni aku & geng2 satu opis ni, kami tinggal di kawasan aprtment yang sama..jadi kami memilih tumpang kawan2 pergi kerja sama. Actually seronok cumanya yelah bila kita tumpang orang, ofcourse, dah tentu2 ko kena ikut timing orang kan.. Sepertimana aku cakap tadi, sejak buka sekolah Mac hari tu, rutin harian pergi balik kerja dah berubah. Alhamdulillah satu kemudahan juga bila kerajaan mengumumkan penggunaan waktu fleksible untuk semua penjawat awam timing masuk kerja 7.30pagi - 9.00 pagi..Jadi masa tu kita boleh adjust. Now dah jadi rutin, anak no 3 & si bongsu ni darjah 1 dan 5 tahun akan naik van ke sekolah. Si abang waktu pagi akan ke sekolah KAFA, petang ke sekolah kebangsaan. Mereka akan
HARI SUKAN NEGARA MAIWP 2022 vs MAIWP Fit Challange Assalam hye & it's just a hurry entry sejak dua menjak ni busy dengan pelbagai kerja-kerja di pejabat. For the 1st time buat entry berkaitan aktiviti di pejabat, ok jugak kan?hehe..Hari Sukan Negara sentiasa di sambut oleh sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta juga. Antara tujuan diadakan hari sukan negara salah satunya adalah untuk sama-sama memupuk semangat bersenam dan menyihatkan tubuh badan agar dapat mengurangkan masalah kesihatan. (betul ke?hihi lebih kurang macam tu la..) 15 Oktober 2022 (Sabtu) Hari Sukan Negara peringkat MAIWP. Sebelum ditetapkan tarikh hari sukan negara ni, MAIWP telah mengadakan 'MAIWP Fit Challange" untuk sama-sama bersaing, bersukan antara bahagian. Tak adalah asyik kerja mengadap komputer je kan?hihi. Yelah korang perasan tak banyak habiskan masa duduk depan komputer, tanpa bergerak, tinggi risikonya untuk penyakit slip disc.(nauzubillah). MAIWP Fit Challenge pe