Langkau ke kandungan utama

USIA 30-AN...SUSAH SANGAT KE NAK TURUN BERAT BILA DIET????

Wanita dan diet tidak dapat dipisahkan kerana istilah ini seolah sinonim mengiringi wanita ke mana sahaja tidak mengira usia. Seteleh membaca dan mentelaah beberapa artikel berkenaan wanita yang sudah menjangkau usia 30-an, suka saya untuk berkongsi di sini tips diet untuk wanita yang berusia 30-an, Ramai di antara mereka yang menjangkau usia ini meletakkan istilah berat susah turun bila umur menjangkau 30-an.



Janganlah sesekali meletakkan istilah 'TIDAK BOLEH' atas usaha yang kita lakukan kerana ia pasti sia-sia. Walaupun umur mencecah 30-an, kita masih mampu berdiet dan masih mampu untuk kurus seperti zaman kegemilangan (anak dara)..hhihi...-pelu ke nak kurungan bagai ayat tu...hihihi..

Di sini hari ini, jom saya kongsikan sedikit tips untuk berdiet bagi saya dan mereka-mereka yang sudah mencecah umur 30-an.

Oleh itu, saya sangat-sangat sarankan kepada mereka yang berusia 30-an mengambil makanan ini dalam mengamalkan diet harian seperti berikut:-

1. Ikan Tuna
- Ikan tuna sangat kaya dengan lemal Omega 3 yang sangat penting untuk fungsi jantung. Lemak omega 3 ini merupakan lemak sihat yang mana omega ini mampu membakar kalori di dalam badan kita. Oleh itu pastikan pemakanan anda mengandungi lemak Omega 3. Selain itu, Omega 3 juga membantu menguatkan daya ingatan kita.



2. Sayur-sayuran hijau
- Pengambilan sayur-sayuran hijau sangat penting dalam pemakanan kita kerana sayuran hijau ini lengkap mengandungi vitamin, serat dan nutrisi yang sangat penting kepada badan.

3. Buah-buahan
- Buah-buahan yang segar menyediakan nutrisi yang cukup kepada wanita 30-an kerana di usia ini badan lebih memerlukan lebih banyak zat besi dan kalsium. Cuba amalkan buah peach, strawberi, betik dan seumpama dengannya dalam diet harian kita.


4. Telur 
- Kajian secara ilmiah telah membuktikan telur dapat mengurangkan masalah pembekuan darah, stroke dan jantung. Telur juga mengandungi vitamin D yang membantu mencegah kanser payudara dan merupakan sumber protien yang terbaik.

5. Kalsium
- Pemakanan paling penting dalam diet seharian kita antaranya memastikan cukup pengambilan kalsium. Anda boleh mengambil yogurt dalam diet harian. Perlu diketahui kalsium sangat penting kerana ia mampu mencegah Osteoperosis di kalangan wanita.

Diet harian yang seimbang dapat meningkatkan kesihatan tulang, mengurangkan stress, meningkatkan kesuburan untuk wanita. Amalkan diet harian yang sihat dengan memastikan pengambilan makanan harian anda cukup perkara di atas.

Peliharalah diri anda untuk kebahagian suami dan anak-anak anda serta orang yang anda sayangi. Buktikan wanita yang berusia 30-an juga mampu memiliki bentuk badan idaman dengan amalan diet dan pemakanan yang sihat. ANDA BOLEH BUKTIKAN KEPADA SEMUA!!!!


Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


                         sms /call /whatsapp 017-3660351


Email : eijaheijah12@gmail.com


Fanpage : Vitamin terbaik dunia



LOVE MY READERS!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjalanan balik kerja.Itulah yang dirasakan oleh ramai penulis hebat di luar sana kan,menulis je time datangnya idea tu..Usah ditunggu²..hehe..aku?bukan penulis pon,it's just saja suka² orang ada blog, aku pon tak nak kalah nak ada blog jugak😂..Biarpun blog ko sebulan sekali baru ko publist entry baru..Hehe.. Tangan ni terasa nak kongsi cerita percutian aku yang tidak dirancang langsung. Betul lah seperti kata orang, yang tak dirancang tu lah yang jadi..Just imagine aku bersama 3 sahabat gamble pergi bercuti setelah masing² mendapat kelulusan dan keizinan big boss masing-masing.  Alkisah kenapa kami berempat..Cerita bermula bila kami berempat sembang2 & setuju untuk join bersama sebagai sukarelawan dalam program Fun Run di Melaka..Budak² dua orang ni yang eksaitednya & kami kakak² yang da hampir separuh abad ni berpendapat macam best jee..he

APLIKASI BAS DAN TRAIN YANG SANGAT MUDAH

Assalamualaikum korang..Amacam sihat ke semua?moga dikurniakan kesihatan yang baik ye semua..Diam tak diam dah hampir ke pertengahan Julai dah kita ni.how fast time flies...pantas sungguh. Sejak dari buka sekolah hari tu, rutin harian pergi dan balik kerja aku pon mula berubah. Yelah sebelum ni aku & geng2 satu opis ni, kami tinggal di kawasan aprtment yang sama..jadi kami memilih tumpang kawan2 pergi kerja sama. Actually seronok cumanya yelah bila kita tumpang orang, ofcourse, dah tentu2 ko kena ikut timing orang kan.. Sepertimana aku cakap tadi, sejak buka sekolah Mac hari tu, rutin harian pergi balik kerja dah berubah. Alhamdulillah satu kemudahan juga bila kerajaan mengumumkan penggunaan waktu fleksible untuk semua penjawat awam timing masuk kerja 7.30pagi - 9.00 pagi..Jadi masa tu kita boleh adjust. Now dah jadi rutin, anak no 3 & si bongsu ni darjah 1 dan 5 tahun akan naik van ke sekolah. Si abang waktu pagi akan ke sekolah KAFA, petang ke sekolah kebangsaan. Mereka akan
HARI SUKAN NEGARA MAIWP 2022 vs MAIWP Fit Challange Assalam hye & it's just a hurry entry sejak dua menjak ni busy dengan pelbagai kerja-kerja di pejabat. For the 1st time buat entry berkaitan aktiviti di pejabat, ok jugak kan?hehe..Hari Sukan Negara sentiasa di sambut oleh sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta juga. Antara tujuan diadakan hari sukan negara salah satunya adalah untuk sama-sama memupuk semangat bersenam dan menyihatkan tubuh badan agar dapat mengurangkan masalah kesihatan. (betul ke?hihi lebih kurang macam tu la..) 15 Oktober 2022 (Sabtu) Hari Sukan Negara peringkat MAIWP. Sebelum ditetapkan tarikh hari sukan negara ni, MAIWP telah mengadakan 'MAIWP Fit Challange" untuk sama-sama bersaing, bersukan antara bahagian. Tak adalah asyik kerja mengadap komputer je kan?hihi. Yelah korang perasan tak banyak habiskan masa duduk depan komputer, tanpa bergerak, tinggi risikonya untuk penyakit slip disc.(nauzubillah). MAIWP Fit Challenge pe