Langkau ke kandungan utama

LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA & KILANG COKLAT SELAYANG ANJURAN PUSPANITA MAIWP

LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA & KILANG COKLAT SELAYANG ANJURAN PUSPANITA MAIWP


Daku kembali dengan entry baru di bulan Disember. ahah niat nak konsisten tuh melayang-layang entah ke mana, tetap juga tak konsisten. Tapi, hari-hari aku bukak blog taw baca cerita member2 yang aku follow, respect lah uols tetap konsisten berblog. Well done!

Back to cerita, Isnin, 19 Disember 2022, Puspanita MAIWP menganjurkan program Lawatan Inovasi "Jalan-Jalan Cari Ilmu Sempena Cuti Sekolah Tahun 2022" dianjurkan khas untuk anak-anak pekhidmat MAIWP dan segala kos adalah di tanggung sepenuhnya oleh puspanita MAIWP. Nak dijadikan cerita, selalu mama ni bukanlah antara orang yang join setiap program jalan-jalan yang dianjurkan jabatan.. Tapi kali ni kebetulan kawan baik mama ni ajk dalam team puspanita tu, so dia beria cakap dan mama pon terfikir apa salahnya daftarkanlah anak sulung aku, Abang Fahim (dipanggil abang ayen) oleh adik-adik.

Pagi Isnin tu, abg Ayen siap-siap awal pagi follow mama g pejabat sebab waktu bertolak dijadualkan jam 9.00pagi. Sampai je pejabat, bawak dia pergi breakfast dulu, kasi kenyang perut dulu hihi. Dah siap breakfast, terus menuju ke bas dan cari tempat duduk. Abang Ayen duduk bersama anak kawan ofis mama kira kawan dia kat rumah juga la sebab kami tinggal di kawasan apartment yang sama.

Masa tu, ajk berperanan semak nama anak2 seramai lebih kurang 40 orang , diagihkan doorgift, topi dan tag nama. Nampak happy masing-masing pergi lawatan tanpa mama di sisi. 

sebelum bertolak ambil gambar dulu

Lokasi pertama mereka ke Pusat Sains Negara. Pada mama ok la sebab yang pergi ni semua darjah 4 - tingkatan 3 dan masing-masing dah boleh belajar apa itu sains. Lagipun free kannn..hihihi..Gambar-gambar kat sana tak de la banyak sebab mama tak join kan. So mama sharekan gambar yang di kongsi oleh kawan mama yang bertugas sebagai ajk program.

















After lawatan ke Pusat Sains, anak-anak di bawa ke Ramly Burger untuk lunch, dah penat jalan perut pon lapar kan..Makanan tengahari pun di sponsor sepenuhnya oleh Puspanita MAIWP. Berselera masing-masing menikmati makan tengahari. 



Nasib la Abg Ayen ni jenis tak memilih makanan, apa yang di bagi itu lah yang di makan. Tak kisah time ada mama ke tak da mama..Pada mama dia pergi mana pon, senang di urus sebab dia tak banyak ragam dan tak memilih.

Selepas makan dan solat, rombongan terus menuju ke Grandeur Chocolate Malaysia yang terletak di Selayang. Hmm kat sini pon mama tak boleh share banyak memori coz member share 2 keping je gambar😅

Di sana anak-anak di beripeluang membuat coklat sendiri, apa lagi seronokla masing-masing. Masa cuti sekolah Abang Ayen hari tu full dengan aktiviti. Sori la anak mama ye, mama sangat-sangat sibuk hujung tahun ni..Tak berpeluang cuti pon.. Nanti ada rezeki kita g jalan2 family k!



Stay tuned!love..Eijah..😘😘


Ulasan

  1. Seronok juga bawa anak2 ke sini ye.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. itula yg dah sekolah lebih seronokla kan..sbb mereka dah faham sains tu

      Padam
  2. aha bolehla kan sbb budk2 sek rendah tgh belajar sains..mereka faham la kan..isi masa cuti sek ni..hihi..

    BalasPadam
  3. Bagus la anak2 dpt join lawatan sambil belajar masa cuti sek mcm ni. Sgt bermanfaat. Dah follow blog mama, ye..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjalanan balik kerja.Itulah yang dirasakan oleh ramai penulis hebat di luar sana kan,menulis je time datangnya idea tu..Usah ditunggu²..hehe..aku?bukan penulis pon,it's just saja suka² orang ada blog, aku pon tak nak kalah nak ada blog jugak😂..Biarpun blog ko sebulan sekali baru ko publist entry baru..Hehe.. Tangan ni terasa nak kongsi cerita percutian aku yang tidak dirancang langsung. Betul lah seperti kata orang, yang tak dirancang tu lah yang jadi..Just imagine aku bersama 3 sahabat gamble pergi bercuti setelah masing² mendapat kelulusan dan keizinan big boss masing-masing.  Alkisah kenapa kami berempat..Cerita bermula bila kami berempat sembang2 & setuju untuk join bersama sebagai sukarelawan dalam program Fun Run di Melaka..Budak² dua orang ni yang eksaitednya & kami kakak² yang da hampir separuh abad ni berpendapat macam best jee..he

APLIKASI BAS DAN TRAIN YANG SANGAT MUDAH

Assalamualaikum korang..Amacam sihat ke semua?moga dikurniakan kesihatan yang baik ye semua..Diam tak diam dah hampir ke pertengahan Julai dah kita ni.how fast time flies...pantas sungguh. Sejak dari buka sekolah hari tu, rutin harian pergi dan balik kerja aku pon mula berubah. Yelah sebelum ni aku & geng2 satu opis ni, kami tinggal di kawasan aprtment yang sama..jadi kami memilih tumpang kawan2 pergi kerja sama. Actually seronok cumanya yelah bila kita tumpang orang, ofcourse, dah tentu2 ko kena ikut timing orang kan.. Sepertimana aku cakap tadi, sejak buka sekolah Mac hari tu, rutin harian pergi balik kerja dah berubah. Alhamdulillah satu kemudahan juga bila kerajaan mengumumkan penggunaan waktu fleksible untuk semua penjawat awam timing masuk kerja 7.30pagi - 9.00 pagi..Jadi masa tu kita boleh adjust. Now dah jadi rutin, anak no 3 & si bongsu ni darjah 1 dan 5 tahun akan naik van ke sekolah. Si abang waktu pagi akan ke sekolah KAFA, petang ke sekolah kebangsaan. Mereka akan
HARI SUKAN NEGARA MAIWP 2022 vs MAIWP Fit Challange Assalam hye & it's just a hurry entry sejak dua menjak ni busy dengan pelbagai kerja-kerja di pejabat. For the 1st time buat entry berkaitan aktiviti di pejabat, ok jugak kan?hehe..Hari Sukan Negara sentiasa di sambut oleh sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta juga. Antara tujuan diadakan hari sukan negara salah satunya adalah untuk sama-sama memupuk semangat bersenam dan menyihatkan tubuh badan agar dapat mengurangkan masalah kesihatan. (betul ke?hihi lebih kurang macam tu la..) 15 Oktober 2022 (Sabtu) Hari Sukan Negara peringkat MAIWP. Sebelum ditetapkan tarikh hari sukan negara ni, MAIWP telah mengadakan 'MAIWP Fit Challange" untuk sama-sama bersaing, bersukan antara bahagian. Tak adalah asyik kerja mengadap komputer je kan?hihi. Yelah korang perasan tak banyak habiskan masa duduk depan komputer, tanpa bergerak, tinggi risikonya untuk penyakit slip disc.(nauzubillah). MAIWP Fit Challenge pe