Langkau ke kandungan utama

BONDING TIME WITH FAMILY


Salam Jumaat, penghulu sekalian hari. Aku macam biasalah setelah lama tak menulis, sesekali aku jengokla blog ni. Bukan apa, kadang tu masa tak mengizinkan betul, maklumlah engkau bukanlah seorang blogger tegar pon, isi masa saja dengan menulis blog ni. Kadang-kadang tu, kita boleh recap balik memori lama di blog ni. Yap aku akui suka baca blog tapi tak berapa suka nak memerah idea menulis, tu sekarang la haha..Muda dulu rajin le jugak.


Ok today just nak share moment bersama family ke Melaka tempoh hari. Actually tak de plan yang rapi pun sebab asalnya adik aku yang kami gelar kakcik & suami dia yang beria nak bercuti ke Melaka n berhasrat bawak mak sekali. Maka, sembang punya sembang, dengan adik aku yang no 5, Che kak (fatisyah) dia pun nak ikut sekali). Apa lagi 2 beradik perempuan ni, kalau dieorang g berjalan, macamana pun, mesti nak aku join sekali, nampak tak kalau dah geng perempuan hihi.

Maka sampailah dan terjadilah hari yang dirancang, perjalanan sampai di Melaka lewat malam sebab beberapa urusan mengejut terpaksa diselesaikan, nak tunda pun sebab adik n mak dah sampai sana dulu. Nak tak nak kami gagahkan jua sampai di homestay yang dah di booking. Sampai lewat malam dah kepenatan + mengantuk gila kami terus tidur. Jadual kami bermula pagi Sabtu.

Pagi Sabtu, bangun pepagi aku masak nasi putih, sambal ikan bilis & telur goreng mata simple sahaja breakfast tapi cukup berat dah n aku kena makesure perut diaorang ni kena betul2 kejap tambahan anak-anak aku hahaha. Budak tengah membesar kan camtu laaa lepas makan, makan lagi n lagi..


1st day memang si kak cik ni nak ke Menara Taming Sari, maka beraturlah membeli tiket n menunggu giliran untuk naik menara tu..Bagi anak-anak merasa kan..hihi.Jom layan gambar serba sikit ni.


adik Firman & cousin(Amzar)

Acik(Fatih)

kakak (Faqihah)-ni macamni sebab dia gayat takut!puact gila muka dia Memang tak da mood nak ambil gambar.

Abang Ayen(Fahim)

Moktok & Acik

dah nak turun kakak cool sikit dah

kakcik & suami

our family, susah taw nak ambil gambar sefamily camni

ok, akhirnya bolehla camni pun

mama maintain gemuk

abg ayen lak buat hal

Our family with moktok


Next destinasi kami ke Muzium Penjara. Ok la korang kalau nak ke sana best juga, muzium tu tunjuk macamana keadaan dalam penjara, tempat hukum gantung, tempat perubatan, tempat solat, tandas tempat banduan duduk dan macam-macam lagi. Tak banyak gambar yang di ambil sepanjang kat ssana. Anak dah mula mengamuk kepanasan, penat dan lepas mengunjungi muzium, kami gerak balik ke rumah sebab masing-masing dah kepenatan dengan cuaca sangat panas hari tu.

Sebelah petangnya kami keluar makan malam di bandar. datang Melaka of course la cari asam pedas kan. kami tak tahu tempat makan mana yang besr, jadi duduk jelah mana yang ada kosong apa yang tau perut dah lapar.hihi..




Asam pedas JR, just nice bolehla..






Sebelah malam pula kami terus menuju ke Melaka River Cruise. Apa yang nak ceritanya, dekat sini sepadat-padat manusia ramainyaaaa. Beratur nak beli tiket dah 1 cerita, then beratur pula menunggu giliran naik ke kapal mengambil masa yang sanga-sangat lama. yelah bila dah panas, ramai staff yang bertugas pun mula menunjukkan riak muka kepenatan dan mula meninggi suara dengan pengunjung.Hmmm..

Finally hampir 2 jam menunggu dapatla kami naik boat.Allahu azab betul rasanya!! hihihi.. Naik kapal penat gila dah rasa, rehat jelaaa sambil layan pemandangan tepi-tei sungai sebelah malam rupanya banyak kedai-kedai makan di sepanjang sungai tu.











3 hari 2 malam, serius penat dan tak banyak tempat yang kami kunjungi, tapi jika ada rezeki dan panjang usia, pasti kami akan kembali lagi ke Melaka. Semoga murah rezeki wang, masa dan kesihatan untuk menikmati dunia ciptaan Allah ni lagi. Insyaallah tq pada yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni..Tq again uolss!!






Ulasan

  1. nampak seronok semua jenjalan melaka sambil berbonding dgn keluarga

    BalasPadam
  2. Betul tu sis..jarang2 kuar berjalan,bila sekli kuar fmily cmni seeonokk sngat!

    BalasPadam
  3. seronok kan jenjalan dgn family.. tak tahu pula mama ada Muzium Penjara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah diberi kesempatan masa dan kewangan bolehla bawak family kan sesekali hihi...aah mama ada muzium penjara..bleh pergi nanti

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjalanan balik kerja.Itulah yang dirasakan oleh ramai penulis hebat di luar sana kan,menulis je time datangnya idea tu..Usah ditunggu²..hehe..aku?bukan penulis pon,it's just saja suka² orang ada blog, aku pon tak nak kalah nak ada blog jugak😂..Biarpun blog ko sebulan sekali baru ko publist entry baru..Hehe.. Tangan ni terasa nak kongsi cerita percutian aku yang tidak dirancang langsung. Betul lah seperti kata orang, yang tak dirancang tu lah yang jadi..Just imagine aku bersama 3 sahabat gamble pergi bercuti setelah masing² mendapat kelulusan dan keizinan big boss masing-masing.  Alkisah kenapa kami berempat..Cerita bermula bila kami berempat sembang2 & setuju untuk join bersama sebagai sukarelawan dalam program Fun Run di Melaka..Budak² dua orang ni yang eksaitednya & kami kakak² yang da hampir separuh abad ni berpendapat macam best jee..he

APLIKASI BAS DAN TRAIN YANG SANGAT MUDAH

Assalamualaikum korang..Amacam sihat ke semua?moga dikurniakan kesihatan yang baik ye semua..Diam tak diam dah hampir ke pertengahan Julai dah kita ni.how fast time flies...pantas sungguh. Sejak dari buka sekolah hari tu, rutin harian pergi dan balik kerja aku pon mula berubah. Yelah sebelum ni aku & geng2 satu opis ni, kami tinggal di kawasan aprtment yang sama..jadi kami memilih tumpang kawan2 pergi kerja sama. Actually seronok cumanya yelah bila kita tumpang orang, ofcourse, dah tentu2 ko kena ikut timing orang kan.. Sepertimana aku cakap tadi, sejak buka sekolah Mac hari tu, rutin harian pergi balik kerja dah berubah. Alhamdulillah satu kemudahan juga bila kerajaan mengumumkan penggunaan waktu fleksible untuk semua penjawat awam timing masuk kerja 7.30pagi - 9.00 pagi..Jadi masa tu kita boleh adjust. Now dah jadi rutin, anak no 3 & si bongsu ni darjah 1 dan 5 tahun akan naik van ke sekolah. Si abang waktu pagi akan ke sekolah KAFA, petang ke sekolah kebangsaan. Mereka akan
HARI SUKAN NEGARA MAIWP 2022 vs MAIWP Fit Challange Assalam hye & it's just a hurry entry sejak dua menjak ni busy dengan pelbagai kerja-kerja di pejabat. For the 1st time buat entry berkaitan aktiviti di pejabat, ok jugak kan?hehe..Hari Sukan Negara sentiasa di sambut oleh sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta juga. Antara tujuan diadakan hari sukan negara salah satunya adalah untuk sama-sama memupuk semangat bersenam dan menyihatkan tubuh badan agar dapat mengurangkan masalah kesihatan. (betul ke?hihi lebih kurang macam tu la..) 15 Oktober 2022 (Sabtu) Hari Sukan Negara peringkat MAIWP. Sebelum ditetapkan tarikh hari sukan negara ni, MAIWP telah mengadakan 'MAIWP Fit Challange" untuk sama-sama bersaing, bersukan antara bahagian. Tak adalah asyik kerja mengadap komputer je kan?hihi. Yelah korang perasan tak banyak habiskan masa duduk depan komputer, tanpa bergerak, tinggi risikonya untuk penyakit slip disc.(nauzubillah). MAIWP Fit Challenge pe