Selasa, 22 Julai 2014

Hamil Selepas Keguguran

Betapa gembira tidak terkata hati pasangan suami isteri saat mendapat berita bahawa si isteri telah disahkan hamil setelah melakukan ujian di klinik. Saat itu dirasakan kita adalah manusia terpilih oleh Allah di beri peluang untuk merasai betapa manisnya melalui waktu itu. Lantas si ibu dan si bapa mulalah berfikir macam-macam perancangan untuk memberikan yang terbaik untuk bakal si comel nanti. Akan tetapi kadangkala kegembiraan tidak berpanjangan apabila dikhabarkan kandungan mula menunjukkan tanda tidak normal dan mungkin mengalami keguguran. Apapun, kita hanya merancang akan tetapi Allah jua lah yang menentukannya. 





Semua orang mengharapkan yang terbaik pada setiap kandungan, hati berbunga kerana terlalu gembira, akan tetapi bagi anda yang pernah mengalami keguguran, hati berbunga kembali layu abila memikirkan tentang keguguran yang pernah terjadi pada anda. Hati terselit kebimbangan, bimbang jika kejadian gugur yang pernah terjadi berulang kembali. Perasaan bimbang akan menggangu emosi bakal ibu dan kemungkinan boleh menyebabkan pelbagai masalah lagi. Jika anda hamil selepas keguguran, cubalah untuk positifkan diri anda dan jangan bimbang kerana ada cara untuk anda mengatasi masalah ini. Bagi ibu-ibu yang merasa takut untuk menghadapi kandungan yang seterusnya anda mungkin boleh menggunakan tips ini:-

1. Berjumpa Dengan Doktor Pakar


- Pengalaman saya sendiri pernah keguguran ketika mengandungkan ank yang pertama,  sangat sedih, kecewa, bimbang, macam-macam perasaan di benak fikiran. Waktu inilah pentingnya peranan suami dalam menenangkan perasaan isteri. Saya terpaksa menjalani D&C kerana semasa keguguran, darah yang kotor itu keluar sedikit sahaja, jadi doktor menyarankan agar saya menjalani D&C. 

- Selepas menjalani proses D&C saya kerap kali membuat temujanji dengan doktor pakar untuk mendapat penjelasan sebenar info tentang keguguran serta hamil lagi selepas keguguran. Ya, kita perlu merujuk kepada doktor kerana di sini pihak doktor akan memberikan banyak nasihat yang boleh kita jadikan panduan untuk merancang kehamilan akan datang. 

2. Sentiasa Tenangkan Diri Anda

- Anda janganlah membiarkan diri terlalu stress dengan igauan pengalam keguguran sebelumnya, sebaliknya ade kajian mengatakan hamil selepas keguguran janin akan lebih kuat dan sihat. Jadi cuba positifkan diri anda dengan mengambil langkah berjaga-jaga mungki dari segi pemakanan dan sebagainya.

3. Folic Asid

- Pengambilan folic asid sangat penting untuk tujuan menguatkan janin di awal kehamilan. Jadi pastikan anda mengambil polic asid secukupnya mengikut nasihat yang disarankan oleh doktor.

Tips Hamil Selepas Gugur

1. Pemakanan Yang Seimbang

- pemakanan yang seimbang sangat perlu ditikberatkan bagi ibu yang merancang untuk hamil selepas berlaku keguguran terutamanya jika anda mengalami masalah ovulasi. Jadi pastikan anda mengambil pemakanan yang sihat mengikut nasihat para doktor.

2. Pengambilan Protien Dari Sayuran Dan Produk Soya

- protien adalah sangat penting untuk meningkatkan kesuburan. Dinasihatkan anda carilah mana-mana produk soya yang difikirkan terbaik sebagai salah satu usaha kita untuk hamil lagi

3. Senaman Rutin

- senaman sangat penting untuk ibu yang merancang untuk hamil dan anda boleh merujuk kepada pakar tentang senaman yang bersesuaian untuk anda

4. Kesuburan Suami

- bukan sahaja pada si isteri, suami juga perlu menjaga pemakanan dan kesihatan diri. Ini adalah penting kerana pemakanan yang sihat akan meningkatkan kesuburan suami. Elakkan merokok, minumam beralkohol kerana ini salahh satu faktor yang menggangu kepada tahap kesuburan si suami.

5. Melakukan Hubungan Seks Dengan Lebih Kerap

- melakukan hubungan seks 3-4 kali seminggu adalah saranan daripada pakar dan anda perlu mengetahui waktu-waktu subur si isteri kerana kemungkinan untuk hamil semula sangat tinggi di waktu subur ini. Oleh itu, pastikan anda mempunyai ilmu yang cukup berkaitan kesuburan isteri anda.

6. Pengambilan Vitamin

-  Pengambilan vitamin Kesuburan Shaklee mungkin boleh membantu anda untuk hamil semula.

Cubalah untuk melakukan usaha-usaha untuk anda cepat hamil semula selepas gugur. Perbanyakkan pengetahuan anda ke arah itu. Jangan lupa juga untuk sentiasa berdoa kepada Allah agar segala usaha anda berhasil dan mendapat keredhaannya. Alhamdulillah jika selepas beberapa usaha dilakukan, anda kemudiannya disahkan hamil. Selepas hamil kali kedua, pastikan juga anda lebih berhati-hati dan cubalah untuk mengamalkan suplemen untuk kesihatan anda semasa hamil.

Suplemen Set Kehamilan Shaklee

Set Kehamilan Trimester Pertama

- Vitalea (multivitaamin dan mineral)
- B Complex - folic asid
- Vitamin C
- Ostematrix

Set kehamilan Trimester Kedua Dan Ketiga

- Vitalea
- B Complex
- Vitamin C
- Ostematrix
- Omega Guard



Hubungi saya : Nor Faizah binti Mohd Yasin


sms /call /whatsapp 017-3660351
Fanpage : Vitamin terbaik dunia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERJALANAN TANPA DIRANCANG PART 1

PART 1 Ogos is coming, tidak terasa akan cepatnya peredaran masa.Sedar² dah masuk Ogos beb! Saat aku menulis ni, aku dalam train MRT perjala...